Korang nampak tajuk kat entri tu kan?
Yang paling best aku dijemput oleh Top sendiri untuk join segmen ni..
Thanks ye Top...
Ikuti temubual antara aku( Mimie) dan Top yang disiarkan di TVku...hehehe!!
Top: Sejak bila Mimie mula start berblogging ni?
Mimie: Baru lagi.. Baru start awal bulan Januari lepas..Top: Ape perasaan sekarang setelah berjaya memiliki blog?
Mimie: Alhamdulillah.. Rase seronok seperti mendapat teman baru untuk melepaskan perasaan..
Top: Boleh share apa cabaran yang dilalui sepanjang bergelar blogger baru ni?
Mimie: Mestilah boleh.. Banyak cabaran yang dilalui sejak mula berblogging ni.. Pertama:
Sebagai salah seorang yang boleh la dikategorikan sebagai agak buta IT, agak susah la bagi saya untuk mencipta blog ini.. Perasaan jeles melihat blog kepunyaan kawan-kawan blogger yang jauh lagi kemas, cantik dan meletup pasti ada dalam diri saya.. So, saya menggunakan pepatah malu bertanya sesat jalan sebagai panduan.. Saya banyak bertanya even soalan yang remeh je sebab saya memang tak tahu macam mana nak buat. Alhamdulillah, ramai sangat yang membantu terutamanya rakan-rakan di BCR.. Saya juga berkenalan dengan seseorang yang bernama Aisyah di dunia blog ni yang sangat baik hati.. Aisyah ajar saya camne nak decorate blog dan pernah buatkan untuk saya.. Very lucky I am right?
Kedua:
Follower juga penting untuk kita kerana dengan adanya follower semangat untuk berblog lebih membara.. Untuk mendapatkan follower yang betul-betul follow kita bukan benda mudah.. Lagi pun blogger baru mesti la zero lagi kan.. Jadi, kita harus ramah dan selalu bertegur sapa dengan kawan-kawan blogger lain.. Jangan jugak menimbulkan masalah. Alhamdulillah, sekarang saya rase lebih rapat dengan beberapa kawan blogger lain bukan saja dalam blog malah di luar blog.. Siap mesej-mesej kat hp lagi!!! heheheh!!
Ketiga:
Cabaran paling susah ialah bila kehabisan or kekeringan idea untuk menulis entri.. Mati kutu duk mikir tau!! Sebenarnya one of cara nak elak blog dari berhabuk tak berupdate ialah dengan join contest or GA..At least, kawan-kawan lain boleh jugak tahu kewujudan contest tu bila datang menjenguk blog kita. Selain tu, kena jugak berjalan-jalan membaca entri kawan-kawan lain.. Maybe entri kawan-kawan tu dapat kita kembangkan lagi dengan menulis pengalaman or idea kita pulak.. Contohnya, saya pernah mendapat idea untuk share pengalaman saya tentang purse saya apabila terbaca entri Top tentang duit dalam purse.. Kan Top?
p/s: ~sape mau join, klik je banner kat atas tu..
~dialog tu dicipta khas oleh aku sendiri( berlakon jadi Top kejap)
hang tuah yang aku tag:
time kaseh mimie support segmen top yg xdpt sangt sambutan ne.. hehe.. tol la.. susah gak nk menapak dlm dunia blogger ni kn.. :)
ReplyDelete