Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Sunday, July 14, 2013

Vietnam, aku datang..(Part 3)

Pukul 3.15, bergerak la kami meninggalkan hotel menuju ke Airport Ho Chi Minh..
Sesampai je di sana,lebih kurang pukul 4 petang  adik aku pun ke kaunter untuk menyemak status kami yang dijadualkan berlepas pada pukul 6.30 petang…
Dan adikku kembali dengan jawapan
“Flight penuh..Nak tulis nama pun tak dapat sebab 10 orang dah tengah menunggu untuk naik”..
Pergh….
Ni gara-gara kitorang punye tiket berstatus stand by..
Ini bermakna jiranku sahaja yang lepas balik..
Sebenarnya ini hanyalah perkara biasa yang berlaku untuk staf MAS bila tiketnya berstatus stand by..

Aku seperti biasa..
Terus terbayang ..
 Dulu time kerja kt KLIA, slalu tengok orang tidur tergolek di merata-rata..
Jadi, adakah kali ini aku terpaksa mengalami benda yang sama?
Apa yang mampu aku lakukan?
Habiskan segala buah-buhan aku yang tak sempat habis di hotel tadi..
Tamak haloba sangat..
Nak bawak naik flight, memang tak dapat la kan..

Chill laa….

Tapi…mak aku la yang paling haru..
Dah gaya nak menangis dah bila dapat berita tu..
Jiranku pun turut menumpang cuak jugak..
Yang kelakarnya mak aku dah siap bagi pesan macam-macam kat jiran aku ni..
Bagi no phone mak cik aku and cousin aku yang akan jemput dorang kt KLIA nanti..
Hahaha!!

Adik aku?
Like sister, like brother laa…
Harus la cool je kan..

Pukul 4.30..
 berkurang la orang di kaunter dan akhirnya tinggal lagi 2 orang staf MAS yang dibenarkan menulis nama tadi tapi tak dapat naik..
Dalam pukul 5 lebih, my bro berusaha lagi sekali untuk mendapatkan tempat balik..
And Alhamdulillah..
Kali ni berjaya juga mendapatkan tiket..

Muka bahagia dah..

Mak aku la yang paling seronok dan lega..
Rupa-rupanya telah berlaku kesilapan pada awalnya..
Waiting list yang tadi tu sebenarnya untuk flight pukul 4.30 petang..
Memandangkan flight 6.30 petang tidak penuh lagi, kami dibenarkan balik mengikut jadual…
2 orang staf MAS yang tak dapat naik pukul 4.30 petang tadi pun turut balik bersama kami..
Menurutnya, dorang datang bertiga tapi seorang sahaja yang mendapat tempat untuk balik..

Beratur jangan tak beratur..


Bye..Bye..Vietnam..
Nanti I datang lagi..


6.30 petang waktu Vietnam..
 kami dah bersedia untuk terbang balik..

Lebih kurang pukul 10 malam waktu Malaysia, kami dah bersedia untuk meninggalkan KLIA..
Jumpe ;lagi..

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Vietnam.. Aku datang (Part 2)

Assalamualaikum semua..
Hari ni aku merajinkan diri godek-godek kt blog sendiri ..
Then..
Ya Allah..
Ade cerita yang aku tak post habis rupanyaa..
Sori yeee..
Akhirnya..
Dapat jugak kitorang check in kt one of the hotel there..
Tak mahal pun sewanya..
Dalam 30 dolar je satu malam..
Masuk-masuk je, terus aku merehatkan badan yang dah macam nak tumbang tu..
Perut lapar tak yah cakap laa…
Kebetulan makanan yang aku dapat time dalam flight tadi tak memenuhi kehendak selera aku..
Bersihkan badan, tunaikan kewajipan as Muslim..
Bersiaplah kami untuk melengkapkan misi kedatangan kami ke Ho Chi Minh..



Pasar malam dlu..
Dalam 5 minit je berjalan dari hotel..
Memang meriah..
Ala-ala jalan Tar..
Mak aku and jiranku sibuk duk usha kain..
Aku plak sibuk duk usha buah-buahan..
Aku hantu sikit kalu dengan buah ni..
Terbeliak mata la tengok harga yang murah pastu dengan pemmbesaran yang memang tak terbantut tu..
Ikut hati sume buah aku nak beli..
Pilihan pertamaku adalah jambu madu..
Sebijik dah macam ayam dengan itik time aku nak beli tu..
Pasal auntie tu tak paham cakap aku..
Nasib baik ade sorang lelaki datang tolong jualkan..
Akhirnya 3 kg jambu madu menjadi milik aku dengan bayaran RM 10..
Sebenarnya aku langsung tak tukar duit aku..
Pakai duit Malaysia je..
Sebab aku rase lagi senang aku nak kira..
Kalu aku pakai Dong, sah-sah penuh la beg duit aku tu..
Silap-silap berterabur abis duit time nak membayar tu..
Kalu pakai dolar, tak bleh la kau nk berlagak cam orang kaya..
Nanti dapat beberapa keeping je duit dolar..
Hihihi!!

Mak aku je pakai dolar..
Bli air mineral siap-siap..
So, sambil mengekor mak aku, mulut duk sibuk gigit jambu..
Dah basuh bersih-bersih ok!!!
Sume pakaian nampak cantik tapi satu habuk pun aku tak beli..
Mak aku je lepas satu satu yang diangkatnya..
Sebenarnya tak tau nak beli ape sebab mak aku dah pernah ke sana 3 kali dah rasenya sebelum ni..
So, banyak dah mak aku belikan untuk aku..
Aku tolong angkat barang je laa..
12 malam baru pasar malam tutup..
Means pukul 1 pagi la waktu Malaysia..


Carilah siapa yang hensem di dalam gambar ini..




Siyes teringin tapi ragu-ragu..

Pagi-pagi esoknya tu, kitorang ambik satu tourist guide ni..
So, dia bawak kitorang ke pasar yang aku tak ingat dah namanye..
Waaa… lagi nak nangis time membeli kat sini..
Mostly tak paham bahasa Inggeris..
Lagi satu banyak kedai nak duit Dong jee..
Padan muka aku tak nak tukar duit sangat..
Dah tu dengan selambernya memaksa kitorang beli kain dorang..
Stress sangat sampai tak boleh nak jalan..
Akhirnya berjaya jugak berjalan dengan sebebasnya selepas dorang di warning oleh tourist guide tu..
Tapi aku berjaya jugak membeli satu bag di sini..
Seperti biase, mak aku menang lagi bahagian membeli ni..

On the way balik, aku mula la menemubual tourist guide kitorang tu..
Rasenye younger than me laa..
Dia pernah bekerja di Malaysia..
Patut la dia boleh berbahasa Malaysia sedikit sebanyak..
Akhirnya terjawab la persoalanku..
Rupanya kenderaan di Vietnam perlu dibeli dengan Cash..
Kiranya yang betul-betul kaya je la yang mampu pakai kereta..
Lori jugak tak dibenarkan masuk ke kawasan Bandar..
Ada jalan khas yang disediakan untuk lori..
Bangunan yang paling tinggi di Vietnam pulak aku rasekan lebih kurang setinggi bangunan rumah flat 10 tingkat je..
Pendapatan bulanan mereka tersangat-sangat rendah..
So, aku simpulkan itu la sebab mereka nampak sangat berusaha dalam mencari rezeki..
Segala-galanya kelihatan sangat pantas..
Tak macam kita yang nampak slow dan bermalas-malasan..
Sebenarnya, kita merupakan rakyat yang sangat dimanjakan sehingga kita lupa diri..




Jiranku...



Isi tenaga sebelum misi diteruskan..

Kali ni ke pasar yang tak ingt jugak namanya..
Hehehe!!
Woo..
Kedatangan mak aku ni dah macam artis plak..
Dorang leh ingat lagi mak aku..
“Madam!! Madam!!”
Terjerit-jerit panggil mak aku sambil peluk-peluk..
Kelakar plak aku tengok..
Kat sini baru aku ade mood nak membeli..
Beg-beg yang aku rase menarik la jadi pilihan..
Aku kan lebih suka barang handmade..
Beberapa helai baju and seluar ala-ala Aladdin jadi pilihanku..
The best part is duit mak aku dah habis!!
Hahaha!!
Nasib baik aku ada duit lagi..
Malamnya sekali lagi kitorang sambung bershopping..
Last-last tersangkut jugak aku dengan sepasang baju kurung..












Tapi kali ni buah-buahan makin banyak aku beli..
Mangga yang sekilo sebijik, limau bali beberapa bekas, ciku..
Makan sorang-sorang..
Sungguh tamak haloba kan aku ni..
Dengan penuh perasaan malam tu jugak aku mesej adikku supaya membawa duit lebih kerana duit kitorang sume dah habis…
Bahaya btol kan..
Aku berani nak habiskan duit sebab dah tahu adik aku nak datang pagi esoknya tu..
Datang nak ambik kitorang yang sah-sah banyak sangat barangnya..
Pagi itu bersama adikku sempat lagi kitorang pusing-pusing and beli mana-mana barang yang belum dibeli lagi..
Yang pasti, mak aku lebih gembira membeli dengan adikku kerana dia lebih pandai membeli berbanding aku yang tak berapa nak sabar ni..
Hehehe!!


Mengusha di pagi hari bersama jiranku before balik..
Ni je yang mampu kupakai..
Hihihi!



Pilih jangan tak pilih..

Last pic in Vietnam..

Ok…Dah boleh bersiap-siap nak balik Malaysia..
Tapi…
Oh MAS..
Ape dah jadi??
Tunggu for next stori....



♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...