Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Wednesday, January 19, 2011

Permohonan Habeas Corpus Sarjan Tharmendarn Diterima...

Habeas Corpus? ape ye? hmmm...

Penahanan tanpa mengikut undang-undang seperti yg telah termaktub di dalam Federal Constitution iaitu artikel 5(2) yang mengatakan :

5. Liberty of the person

(2) Where complaint is made to a High Court or any judge thereof that a person is being unlawfully detained the court shall inquire into the complaint and, unless satisfied that the detention is lawful, shall order him to be produced before the court and release him.

 Disebabkan itu, Sarjan Tharmendarn yang telah dituduh terlibat bersubahat mencuri jet pesawat TUDM telah dibebaskan dari tahanan di High Court Shah Alam hari ini kerana penahanan terhadapnya oleh beberapa anggota TUDM pada 25 November 2010 adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh TUDM  mengatakan bahawa dia ditahan atas alasan tidak hadir tugas selepas dijamin pada 6 September 2009 yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 54, Akta Angkatan Tentera 1972 telah di bantah oleh peguam yang mewakili beliau, Amer Hamzah.

Dalam hujahnya, beliau mendakwa tindakan responden(TUDM) menahan Tharmendran adalah melangkaui bidang kuasa kerana akta tersebut hanya terpakai kepada anggota tentera sedangkan pemohon ketika itu bukan lagi seorang anggota tentera setelah perkhidmatannya dihentikan pada 28 Mei 2010 dan turut tidak menerima gaji sejak Jun 2010.



♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

0 comments:

Post a Comment

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...