Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Sunday, January 9, 2011

LaWak Ke?



HELMET TERBALIK

Setiap kali menyarung helmet di kepala, aku pasti tersenyum mengenangkan kejadian yang berlaku lima tahun yang lalu.

Aku dibesarkan di kampung dan seperti biasa dilihat, jarang sekali helmet digunakan oleh penduduk kampung termasuklah aku. Ditambah pulak aku memang langsung tidak tahu menunggang motosikal. Aku sekadar pembonceng sahaja hingga ke saat ini. Pada tahun itu, aku tinggal di rumah sewa di bandar Dungun kerana sekolah baruku agak jauh dari rumah. Satu petang, aku meminta tolong seorang rakan kelasku, Ika untuk membawa aku ke Bandar Dungun untuk membuat salinan kertas perbentangan untuk diagihkan kepada rakan-rakan yang lain.

Walaupun aku tidak biasa dengan helmet, aku terpaksa pakai jugak atas faktor-faktor keselamatan dan tempat yang hendak dituju bukan macam kampung aku. Dengan rasa kurang selesa, aku menyarung juga helmet itu. Yang aku rasa pelik ialah, sepanjang aku berada di atas motosikal, mesti ada yang memandang aku terutamanya ketika berhenti di traffic light. Aku mula fikir. Comel sangat ke aku ni sampai ramai yang memandang. Tapi aku tetap buat muka selamba.

Akhirnya, sampailah kami ke kedai yang dituju. Aku terus tanggalkan helmet di kepala. Ketika itu barulah aku perasan rupa-rupanya aku pakai helmet terbalik. Ruang yang sepatutnya berada di muka aku masukkan di leher dan bahagian di leher aku letakkan di muka. Waktu tu aku rasa malu teramat sangat sampai rasa nak nyorokkan muka je. Aku menjadi bahan tawa gara-gara helmet terbalik.      



   

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

2 comments:

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...