Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Thursday, December 12, 2013

Camne nak pergi ni?

Assalamualaikum…
Korang camne musim-musim banjir ni?
Aku Alhamdulillah tak menjadi mangsa banjir…
Tapi..

5 December 2013..
v
v
v

“Ma, Kak Mie gi dulu ey”..
“ Kak Mie nak lalu kut mane ni? ”, Abah plak tanya..
“ Ma kata kat Bukit Besi ada air.. Kak Mie lalu ikut Cik Lijah la..Baru naik highway”.
“ Bawak kereta jgn laju sangat.. Lubang banyak ikut jalan tu”.
“ Yeee..”

Dengan kelajuan ala-ala pemandu berhemah, meredah la aku dalam hujan tu..
Lagi beberapa kilometer je nak sampai ke highway..
Awat plak sume kereta depan ni pusing balik plak ni…
Kereta dari sana ok je lalu tu..


Ish..
Konpius den ni..
Turunkan tingkap cket..
“ Ngape? Tak leh lalu ke?”
“ Air yang ni memang boleh lepas. Tapi ada lagi satu air depan tu. Bahaya sangat.”


Korang nampak aku bawak ape ni?
Kereta je..
Bukan perahu nak redah air bagai ni..
Apa lagi...
Pusing balik laa..

Tapi nak lalu jalan mane plak ni?
Ikut pantai @ Marang?
Buatnya kat Marang naik air jugak, tak boleh pegi la umah Farah ni..
Huhuhu!!
Hati dah mula kerisauan tahap kucing tercabut misai..
  
Ok..ok..
kalu call ma, silap-silap ma suruh balik rumah semula ni..
Rileks…
Ok, call kengkawan lain dulu..
Yea... memandu sambil bercakap telefon memang bagus sangat la tu..
Amalkan selalu la kengkawan yee...

Fiena.. dijawab tapi tak tahu jalan ikut pantai ok ke tak..
Tihah..tak berangkat langsung..
Marlini.. Dijawab tapi tak sure jugak ok ke tak..
Shiha… tak berjawab jugak…
Syahmi.. Masuk voice mail la plak..
Farah… tak berangkat jugak.. Bizi prepare majlis ni..
And last..
Nazri…
Boleh lalu ikut pantai…
Horray!!
Weiiii.. aku call bakal pengantin tu...
Wahahaha!!
To FII,
Saya tak bersalah!!!
Saya terpaksa ni...
^_-


Call my ma…
Kena la inform sikit perjalanan aku dah bertukar ni…
Pastu..
“ Fiena, saya lalu ikut pantai ni.. Tapi saya tak tahu jalan. Camne ni?”
“ Jalan straight je Mimie. Nanti jumpa simpang amik ke Batu Buruk. Saya jumpa awak kat situ”..
Ok..
Alhamdulillah..
Akhirnya sampai jugak aku ke tempat yang dituju..
Itu pun dah macam 10 minit sekali aku call Fiena nak inform aku duk kat mane..
Terengganu je pun Mimie oiii....
Tak ke mana sangat pun sesatnya...
Hehehe!!

Sebenarnya, memang aku buta jalan sikit..
 First time aku gi sana lalu jalan pantai sorang-sorang..
Aku kan pengguna tegar highway sebelum ni..
Dari batu buruk, aku follow je Fiena pusing-pusing dalam Bandar sambil usha-usha driver ensem..
Padan la tak tahu jalan.,.
Mata asik tengok orang kat luar..
Hihihi!
Pastu baru ke rumah dia…
Kena bersiap cepat-cepat kerana ada majlis plak yang menanti malam ini…

Tapi bila dikisahkan ceritaku ini pada kengkawan lain..sume sound aku macam ni plak..

“ Apa la yang awak pegi call Nazri tu.. Orang tu dah la tengah nervous nak akad nikah malam ni..”

Eh..salah aku ke?

“ Hello… I call uolls tak berangkat la, pastu tak sure boleh lalu ke tak la.. Ingat saya ni banyak ke nombor kengkawan? Tu je pilihan yang saya ada.. Terpaksa la saya call dia..Hehehe”

Pastu kena gelak lagi pasal tak tahu jalan..
Bukan dengan kengkawan je, dengan my ma sekali gelakkan aku…
Maklumlah, I kan anak Terengganu celup..
Hehehe!!

So, 
kengkawan ku sekalian..
Leh tak emailkan korang punye no phone kat aku?
Nanti pasni aku leh la call korang sekali..
Hehehe!!
Poyos la ko ni Mimie..
Sampai nak beremail bagai plak...

Tapi…
Dah tahu musim hujan banjir ni nak jugak keluar pi berjalan…
Ish..ish..
Harus la aku pergi..
Majlis penting ni even aku ni bukan saksi dan bukan juga tok kadi…
Nak tahu camne pentingnya padaku?
Tunggu nanti aku berpenglipulara…..
Ok..

Jumpe lagi..

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

0 comments:

Post a Comment

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...