Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Wednesday, September 17, 2014

Bila Hilangnya MH370 & Jatuhnya MH17..

Assalamualaikum….

Hai korang.. 
Eh..ada yang tunggu stori aku ke?
Sorry sangat...
Aku memang sengaja lambatkan...
Haaaaaa!!! Nak hempuk aku dengan botol kicap la tu kan?
Hehehehe!!
Ok..jom!!!

 7 August 2014

Sekali lagi aku ke sini…

Welcome..


Nampak bersejarah kan?

Macam biasa..
Dihantar Fina and Tihah..
Dalam perjalanan ke airport tu mula terasa sejuk..
Ehem..ehem...
Awat ni...
Nak terjumpe jodoh ke?
Sampai je airport makin sejuk pulak rase.. 
Sekali dengan cuak siap ni...
Biase cool jee...


Ok..
Istighfar sikit..
Jom ke kaunter..
Try check in..
Kasi IC…

She: Btul ke naik MAS ni?
Me : Ye.. (Adoiiii… apa plak masalah aku buat kali ni…? Dah la aku tengah cuak               ni..)
She: Ada no rujukan tak?
Me : Ada..jap ey..
She: Owh..staff ke?

Angguk-angguk and senyum senyum..

She: Lain kali bagi no tiket la senang sikit..sbb nama tak de lagi dalam system.
Me : Owh…biasa saya bagi ic je..( Btol ni, aku tak tipu..sebab aku mmg malas nak             bukak phone bagai nak tunjuk itinerary receipt tu)
She: Sebab tiket ni baru beli tadi and patutnya awak punye flight petang tadi.

Senyum je laa…

Me : Dapat terus ke ni? Tak ramai orang ke?( ayat sedar diri sbb aku standby je)
She: Dapat terus… Tak ramai sangat.


My boarding pass..

Jom la kita..

Smile even hati cuak..

Aku sibuk duk sembang lagi..
Orang dah makin ramai beratur nak masuk dewan perlepasan..
Ok...
Bye Tihah and Fina..
Jumpe lagi nanti..

Bila masuk je dalam plane tu...
Usha dulu kiri kanan..

Jiran sebelah...

Tak lama lepas tu...
Sel-sel otak aku mula terlebih berhubung..
Korang tahu ape yang aku cuak sangat tu?
Camni la agaknya yang berlaku kat MH17…
Sume sibuk letak barang kat stowage…
Hati seronok..
Tak sabar nak jejak tanah air..
Tapi..
Sesungguhnya manusia hanya merancang..
Allah yang menentukan segalanya..

Kerana MH17..
Kerana MH370..
Sampai satu tahap aku fikir camne aku nak keluar balik dari plane tu..
Idea yang sempat aku pikirkan time tu adalah pura-pura pengsan je..
Mesti dorang angkat aku bawak keluar..
So, tak perlu naik plane tu dah..
Tapi..
Camne nak pi KL nanti?
Nak naik bas ke?
Waaaaa!!!!

Dalam duk berperang tu, mulut tak lupa baca doa naik kenderaan..
Tangan amek majalah kat seat sambil belek-belek tengok gambar..
Bila steward lalu sebelah, aku pandang sambil senyum…
Sedar-sedar, plane tu dah berundur keluar dari tempatnya..
Ok.. slow-slow gerak and…
Zuoommmmmmmmm……
Terbang naik ke atas..

Untuk pertama kalinya, aku rasakan perjalanan 40 minit itu terlampau lama..
Sampai setiap 5 minit aku tengok jam..
Mau akak sebelah ingat aku baru beli jam agaknya..
Mmg gaya semut kelemasan la aku time tu..
Air dengan kacang pun laju je aku telan
Sehinggalah sampai ke kawasan yang penuh cahaya..

This is Putrajaya..

Dalam kecuakan menanti tu, aku sempat la perhatikan lebar sayap plane tu..
Yes..mmg sangat lebar..setakat nak baring atas tu mmg lebih dari boleh laa…
Pastu bila dah nak mendarat turun, baru aku perasan kat enjin tu akan terbukak..


Dah tertutup..

Macam biasa..
Aku mesti kalut nak tahu kan…
Adik aku cakap nak perangkap angin..
Kasi perlahankan kelajuan..

Akhirnya..
Alhamdulillah..
Aku selamat sampai…

 Erm…
Bayangkan aku yang kekadang je fly ni pun boleh terkesan dengan jatuhnya MH17..
Apa agaknya perasaan cabin crew…
Yeee..aku paham itu memang keje dorang..
Dorang mmg dah well trained how to handle that situation…
Tapi..
Dorang still manusia yang ada perasaan..
MH370 pun belum setel, datang pulak kes baru..


Setiap hari aku ikuti perkembangan kes MH17..
Aku ingat lagi..
Lepas sahur pada hari kejadian, baru perasan ade satu mesej dari Azie yang tanyakan MH17 yang disahkan terhempas..
Dalam blur, terus bukak awani..
Lagi sekali ke?
 777 lagi?
Ya Allah…

Dan sememangnya ramai la yang nak menunjukkan kepakaran dalam bidang aviation..
Bak kata mat Lutfi..
Ibarat hang la pilot yang mampu mendarat atas matahari..
Sampai service cabin crew pun korang pertikaikan..
Pernah nampak camne dorang layan passengers?


Berkejar bila time nak bagikan makanan..
Melayan bermacam ragam termasuk la aku..
Aku pernah minta air yang tak ada pada dorang time tu..
Dengan sabarnya dorang ke galley amekkan air yang aku mintak..
Tukar makanan..kejap nak yang tu, kejap lagi aku nak yang lain pulak..
Aku tanyakan soalan macam-macam..
Angkat bag aku..
Itu baru aku sorang..
Belum lagi kira beratus ragam lain dorang nak kena hadap..
Bila sume passengers dah turun, dorang dah mula sibuk pakai glove nak kemaskan plane tu for the next trip..
Korang rase, kalu tak sabar, mampu ke buat sume tu?
Memang keje dorang, tapi sape kita nak pertikaikan keje dorang...
Tu belum lagi ade yang mintak tapaukan air..
Serious, aku tak tipu..
Tapaukan air nescaffe..
Eh..sedap sangat ke air kat dalam plane?
Korang pi la try sendiri...

Baru-baru ni.. 
Ada yang ckp air epal tu wine..
Wow!!! Impress…
Sekali tengok je korang cakap wine..
Boleh tahan la hebatnya korang menilai kan..
Aku tak nafikan ada betulnya cadangan korang tu..
Tapi tak payah la sampai air epal pun nak ckp wine..


Kapal yang berpatah balik pun korang jadikan “bahan”..
Bro.. korang tahu tak tekanan kat atas tu berbeza dengan kat bawah?
Korang tahu tak kapal tu boleh meletup kalu tak patah balik?
Bukan korang ni pakar ke bab tu?
Terbang dalam certain keadaan pun boleh buat telinga berdengung..
Apa lagi bila ditembak..

So..
Apa kata kita doakan yang terbaik untuk mereka semua..
Dan..
Belajarlah untuk menghormati org lain..
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

And..
Apa tujuan aku ke KL kali ni?
Tunggu my next story..

Jumpe lagi...





♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

0 comments:

Post a Comment

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...