Pernah tak kite terase bertuahnya kita dilahirkan sebagai perempuan di bumi Allah ini...
Dijadikan dari tulang rusuk kaum Adam..
Untuk dilindungi dan bukan untuk disakiti..
Juga bukan untuk ditindas seperti zaman Jahiliah..
Indah sungguh ciptaan Allah itu..
Walaupun dijaga dan dimiliki oleh ibu bapanya..
haknya sebagai anak tetap dihormati..
Jadi siapa kita sebagai orang luar untuk menyakitkannya?
Kali pertama aku memberi perhatian pada satu akad nikah..
Aku saksikan bagaimana seorang bapa masuk ke bilik anak perempuannya..
Untuk meminta kebenaran untuk dinikahkan..
meminta persetujuan seorang anak..
Betapa Allah tetapkan seorang perempuan itu perlu dilindungi dan dihormati haknya..
So..
kepada lelaki bergelar suami..
hargailah anugerah Allah itu..
kepada insan bergelar anak..
jangan dinafikan pengorbanan perempuan bergelar ibu..
kepada lelaki bergelar abang..
lindungilah adik dan kakak kalian..
kepada yang bergelar orang luar...
jangan berani kita sakiti hati mereka..
kerana kita juga lahir daripada mereka yang bergelar perempuan..
0 comments:
Post a Comment