Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Saturday, April 11, 2015

Betul ke kena elak berkahwin dengan awek kaki melancong?

Assalamualaikum..
Lama tak membebel kat sini kan?
Korang pernah tak bace artikel kat bawah ni?
Aku kasi link siap-siap nak mintak korang pi baca even dah last year lagi artikel tu wujud..



Tapi kan..
Rahang jatuh la kejap time aku baca tu..
Yelaa...

Katanya..
Awek kaki melancong ni tidak kisah dengan penampilan.. What do u expect from them bro? Duk rumah pakai kemeja siap dengan sluar slack pastu mekap tebal-tebal ke? Woo.. Dah ko kenape? Kalau aku la buat perangai lagu tu, mau ma abah ingat aku buang tebiat plak.. Pakai baju kelawar 3 tahun lepas yg nampak ketiak? Lor.. bukan seksi ke tu? Ko jugak yang terbeliak tengok iklan tunjuk ketiak kat tv tu.. So..apa bezanya? lagi satu.. sejak bila plak kena iron bagai t shirt ni.. Memang tak la kalu aku.. Erm..aku rase ko dah tertukar kaki melancong dengan kaki mekap ni.. SIMPLE IS COOL BRO!!

Nak kena pakai kasut bertumit 5 inci ke kat sini?

Lagi?
Awek kaki melancong tidak romantik.. Ko nak awek yang manja sampai tengok semut mati pun menangis-nangis ke? Yang 24 jam melekat dengan ko? Bayang-bayang sendiri pun ada masanya tak dapat dilihat bro.. Ko nak awek yang nak cakap nak bihun sup pun kena bermadah berhelah dulu ke? Ish..ish..ish.. Berdikari pun salah? Let me tell u something.. sesayang mana pun kita dekat seseorang, simpan la sikit sayang tu untuk diri sendiri sebab kita tak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang.. Kekadang kasih sayang tu mampu memusnahkan diri sendiri.. Oh yee.. Awek mane ye yang cakap Paris tu tempat romantik? Awek kaki pukul ke? Sendiri pikir la yee... 

Ini Eifel Tower yee.. Bukan pencawang elektrik..

Awek kaki melancong egonya melangit..Kononnya,dorang ni dah terbiasa buat keputusan sendiri. Dorang seorang yang bebas.. Ko rase nak jadi suami yang ala-ala superman ke? Yang sume keputusan die yang tentukan? Come on laaa.. Ada certain issue we have to decide by our own..Contohnya macam nak bawak bag mana.. Takkan tu pun nak kena tunggu duduk mengadap berdiskusi panjang kot.. Sendiri tentukan la mana yang selesa and yang sesuai.. How about awek yang bukan kaki melancong tapi ego melangit? erm....

Tinggi lagi Gunung Knabalu..

Awek kaki melancong berbelanja tinggi.. Sorry bro..ko jugak yang cakap penampilan dia biasa-biasa je..Mekap pun tak.. Ko tahu tak berapa belanje untuk beli alat mekap kalu yang jenis kaki mekap.. Every month bro kena beli..Lagi satu, ko kate awek kaki melancong ni berdikari.. Selame dia melancong tu, mesti die pandai la manage duit die..Ke dia mintak duit ko? Ko rase yang pi melancong tu sume duk hotel 5 star ke? Hostel backpackers kan ada..Oh ya, kekadang ade benda yang negara lain jauh berganda lagi murah dari tempat kita.. Hehehe!!

Bagpack vs Baggage..

Meleleh air liur...

Awek kaki melancong ni merasakan anda membosankan..Adakah makan malam di Menara Kuala Lumpur itu hebat? Seorang senior lawyer pernah bertanyakan saya.. Apa beza orang kaya yang makan di hotel 5 bintang dengan orang biasa yang makan di warung-warung? Tiada bezanya kerana mana-mana pun mampu mengenyangkan kita.. Paham tak apa yang aku nak sampaikan ni? Tak paham? Lor... kata tak suka awek berterus -terang.. aku tengah try tak berterus-terang la ni..Hihihi!!
Minat kita kan berbeza.. Bagi ko makan di situ sangat membanggakan tapi bagi aku makan nasi kat tepi tasik lagi menyeronokkan..Kalau ko rase naik lif setinggi 78 tingkat itu menyeronokkan, bagi aku buat flying fox lagi best laa..erkkkkkk.. Tapi tahu tak bila berada di tempat orang, apa yang paling dirindui? Negara sendiri..Sebab itu saat kaki melangkah masuk ke dalam plane, suasana Malaysia mula terasa.. Mendengar orang bercakap bahasa kita, dapat makan makanan kita.. Bahagia sungguh.. Oh yaa.. Itu kalu naik penerbangan Malaysia laaa..



Awek kaki melancong ramai kenalan lelaki? Oh my... Malu bertanya sesat jalan..Tak dinafikan orang yang suka berjalan ni mudah mesra tapi statement ramai kenalan lelaki tu macam agak tak tepat.. Rasanya berjalan dengan teman perempuan lagi senang kot. Lagi bebas.. Pape pun yang kita buat pasti ada limitnya kan.. Take it as tanggungjawab kita utk memegang amanah tu..Ingat tu!!

Ada lagi?
Awek kaki melancong ni akan tinggalkan anda kerana mereka tidak akan korbankan hobi mereka itu demi anda.. Hello bro!! Ko ingat awek kaki melancong ni robot ke? Ada perasaan jugak laa.. Ko tahu tak yang jauh perjalanan, luas pemandangan.. Dan pemandangan tu bukan semuanya tentang kebahagiaan dan kekayaan tapi tetap ada kesusahan dan kemiskinan.. Dari situ ko akan lebih belajar menghargai dan lebih bersyukur dengan apa yang ada.. Ko rase yang pergi melancong tu sumenya bersenang-lenang ke? Ko pernah tak rase kena tinggal dengan flight? Pernah tak rase camne bila passport hilang? Pernah rase duit tak ade di tempat orang? Kesusahan mengajar kita agar lebih tabah..
Travel itu sebenarnya sangat mencabar..

Mari tunggu nama dipanggil untuk dibenarkan check in..
Ingat senang ke?

Ok..
Panjang lebar kan aku membebel..
Ayat pun skema habis..
Hehehe!!
Sendiri pikir la patut kawen ke tak dengan awek kaki melancong ni..
Kot la korang rase awek kaki pukul or kaki tido tu lebih menyeronokkan..
Ok..
Jumpe lagi..

p/s: No offence.. Just my 20 cent..











♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

4 comments:

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...