Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Sunday, July 14, 2013

Vietnam, aku datang..(Part 3)

Pukul 3.15, bergerak la kami meninggalkan hotel menuju ke Airport Ho Chi Minh..
Sesampai je di sana,lebih kurang pukul 4 petang  adik aku pun ke kaunter untuk menyemak status kami yang dijadualkan berlepas pada pukul 6.30 petang…
Dan adikku kembali dengan jawapan
“Flight penuh..Nak tulis nama pun tak dapat sebab 10 orang dah tengah menunggu untuk naik”..
Pergh….
Ni gara-gara kitorang punye tiket berstatus stand by..
Ini bermakna jiranku sahaja yang lepas balik..
Sebenarnya ini hanyalah perkara biasa yang berlaku untuk staf MAS bila tiketnya berstatus stand by..

Aku seperti biasa..
Terus terbayang ..
 Dulu time kerja kt KLIA, slalu tengok orang tidur tergolek di merata-rata..
Jadi, adakah kali ini aku terpaksa mengalami benda yang sama?
Apa yang mampu aku lakukan?
Habiskan segala buah-buhan aku yang tak sempat habis di hotel tadi..
Tamak haloba sangat..
Nak bawak naik flight, memang tak dapat la kan..

Chill laa….

Tapi…mak aku la yang paling haru..
Dah gaya nak menangis dah bila dapat berita tu..
Jiranku pun turut menumpang cuak jugak..
Yang kelakarnya mak aku dah siap bagi pesan macam-macam kat jiran aku ni..
Bagi no phone mak cik aku and cousin aku yang akan jemput dorang kt KLIA nanti..
Hahaha!!

Adik aku?
Like sister, like brother laa…
Harus la cool je kan..

Pukul 4.30..
 berkurang la orang di kaunter dan akhirnya tinggal lagi 2 orang staf MAS yang dibenarkan menulis nama tadi tapi tak dapat naik..
Dalam pukul 5 lebih, my bro berusaha lagi sekali untuk mendapatkan tempat balik..
And Alhamdulillah..
Kali ni berjaya juga mendapatkan tiket..

Muka bahagia dah..

Mak aku la yang paling seronok dan lega..
Rupa-rupanya telah berlaku kesilapan pada awalnya..
Waiting list yang tadi tu sebenarnya untuk flight pukul 4.30 petang..
Memandangkan flight 6.30 petang tidak penuh lagi, kami dibenarkan balik mengikut jadual…
2 orang staf MAS yang tak dapat naik pukul 4.30 petang tadi pun turut balik bersama kami..
Menurutnya, dorang datang bertiga tapi seorang sahaja yang mendapat tempat untuk balik..

Beratur jangan tak beratur..


Bye..Bye..Vietnam..
Nanti I datang lagi..


6.30 petang waktu Vietnam..
 kami dah bersedia untuk terbang balik..

Lebih kurang pukul 10 malam waktu Malaysia, kami dah bersedia untuk meninggalkan KLIA..
Jumpe ;lagi..

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

0 comments:

Post a Comment

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...