Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Thursday, October 1, 2015

Bila dilangkah bendul...

Assalamualaikum..

Hai korang?
Pssstttt..korang ada tengok tak drama " Hello Mr.Perfect" tu?
Mimie..
Sejak bila pandai layan drama ni?
Hihihihi!!

Drama tu pasal adik tak dibenarkan kawen selagi abang tak kawen..
Kekonon tak mau kasi langkah bendul..
Langkah bendul ni bukan apply utk kakak and adik perempuan je ke?
Yang paling penting perlukah berkahwin mengikut giliran macam tu?
Bukan ke jodoh itu tidak mengenal usia?
Heheheh!!

Sebenarnya my bro pun kawen lebih awal even aku yang sulung dalam family..
Nak tahu camne rase?
So, meh sini nak cite kat korang..

Aku and adik aku ni beza 3 tahun..
Kami 6 beradik and aku satu-satunya perempuan dalam family..
Hinggalah satu hari, my ma cakap dia nak bertunang..
Frankly speaking, aku terasa macam..
" Alaaaa....nak tunang dah..Muda lagi kotttt..."
Saat itu aku terlupa jodoh itu adalah ketentuan Allah..

Tak pe laa..
Takkan nak halang plak...

So..
24 Okt 2014..

Selamat bertunang..

Hinggalah satu hari..
Aku mendapat call dari adik aku di tempat kerja..
Aku tak jawab call tu sbb tak perasan..
So, I call him back laa..
Tapi katanya..
" Tak de pape pun..Saja je.."
Aik..
Sejak bila plak call sesaje ni..
Dulu-dulu selalu la dia buat gitu..
Itu pun sebab nak show off celcom kasi buat call free time birthday die..
Memang selama seminggu tu hari-hari la dia call...
Tapi sejak dah keje ni tak de dah perangai sengal yang tu..
Lagi pun tu bukannya minggu birthday dia pun..
Layan je laaaa..

Bila balik rumah..
Soalanku terjawab..
Rupa-rupanya dia call nak bagitahu benda penting..
Dia nak kawen dah and adakah aku as kakak ok kalu dia kawen dulu...

Can u imagine?
He is one of my bro..
Not only adik laa..
Tapi aku anggap jugak macam best friend..
Aku suka ajak dia bila nak buat outdoor activity..
Sebab aku tak de kawan yang nak diajak utk buat aktiviti gitu..
Lagi pun aku rasa lebih selamat and senang dengan adik sendiri..
Bila nak panjat gunung, dia jugak yang aku ajak..
Nak shopping pun dia jugak yang teman..
Mana-mana baju dia yang aku berkenan, aku akan mintak belikan jugak..
Dari kecik aku suka tengok apa yang dia pakai..
Jika kasut kulit kasut sekolahnya, maka kasut kulit jugaklah yang aku inginkan..
Apa yang dia buat, aku pun nak buat jugak..
Jika dia tahu siang ikan and ayam, aku pun nak tahu jugak..
So, dia la ajar aku buat semua tu.. 
Haru tak haru ada kakak macam ni?
Hahahaha!!

Kitorang pernah tinggal bersama ketika di Nilai..
Time tu aku kerja di KLIA..
Dia pulak praktikal di KLIA..
So, kitorang saling bergantung..
Tetiap kali aku ke Nilai pun, dia masih akan make sure aku sentiasa kenyang..
Dah tahu sangat kakak dia kuat makan..
Senang cerita, banyak dalam hidup aku ni bergantung pada dia..

Aku dah terbiasa ada dia..
Bila aku ada problem especially bila aku berjalan ke mana-mana, dia dulu yang akan aku cari..
" Angoh.. tiket economy penuh..kena upgrade ke business.."
" Angoh..ticketing staff ni kata tiket kak x leh guna.."
"Angoh.. kak nak beli kasut ni.. smart x?"
" Tengok bag baru kak beli..smart kan?"
Aku ada perangai careless sikit.. 
Pastu mula la sendiri kalut..
Since kitorang membesar bersama, dia dah terbiasa dengan kekalutan serta kesengalan aku..

Bila makin hampir dengan tarikh perkahwinannya..
Adik aku yang kedua pulak meluahkan kebimbangannya..
Dia bimbang aku tak ok bila "dilangkah bendul"..
Bimbang jika ada yang bertanya bila aku punya giliran pulak..

Hey bros...
Dont worry..
I am your strong sister..
Membesar dengan korang yang semua lelaki make me jadi lebih kuat..
Lagi pun, I now la korang kan hero yang boleh diharap..
Bila dengan korang je, abes tertutup peluang orang lain nak dekat..
Sila kasi chance kat your sister ni boleh tak?
Jangan buat orang luar anggap me nampak macam korang punya adik yee..
Terasa muda sungguh diri ini..
Hahahahaha!!

So..
18 Feb 2015..

selamat diakad nikahkan..


Kakak and adik..

Walaupun dia dah ada tanggugjawab baru..
Kita tetap adik beradik dunia akhirat..

And kebetulan..
His wife ( my sis in law) berkongsi nama sama denganku..
"mimie"

Mimie and afiq..

Memang tak boleh lari jugak dari Mimie..
Mungkin aku la yang kurang beban..
Tak payah lagi iron baju dia..
Katil dia pun tak payah kemas lagi...
@_@

Welcome to our family Mimie..

Oh..
Baju dorang ni masih perlu aku ironkan..
Sila berterima kasih korang dapat kakak yang cool like me ye..

Our ma and abah bersama pengantin baru..

walaupun sedih jugak bila one of orang yang paling rapat dengan aku dah tukar status..
Tapi..

makan tetap jadi keutamaan..
Hahaha!!

19 Feb 2015..
Majlis perkahwinan sebelah perempuan..
21 Feb 2015..
Majlis perkahwinan sebelah lelaki..

we are Mimie...

Kami..

Walaupun itu majlis perkahwinannya,
aku terasa seperti aku yang kena kahwin..
whyyyyyyy?
Dari kad kawen sampai la ke doorgift, 10 saat sekali dia akan tanya pendapat aku..
And like always..
Benda yang simple selalu akan jadi pilihanku..

For me..
Jodoh itu ketentuan Allah..
Aku tidak marah atau pun sikit pun tiada rasa jeles bila dia yang berkahwin dulu..
Hanya rasa sedih dan gembira sahaja..
Sedih pastinya kerana aku hanyalah manusia biasa..
Tetap akan terasa bila orang yang paling rapat denganku bukan lagi sepenuhnya denganku..
Bukan satu perasaan yang senang untuk lepaskan orang yang biasa kita jaga pada orang lain..

Tapi..
Still happy sebab dia dah kawen..
Yang penting " Mimie" jugak tu..
Always doakan yang terbaik for both of you..

Ikhlas..

-kakak cantik-

Jumpa lagi..
Bye..







♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

0 comments:

Post a Comment

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...