Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Friday, October 9, 2015

Bila putusnya cinta..

Assalamualaikum..

“ Jom keluar makan..”
“Tak mau..”
“ Dah 2 minggu ko tak makan..ko ada problem ke? ”
“Waaaaaaaaaaaaaa….. aku dah break up dengan boyfriend aku..”

Itulah penangan cinta..
Wake up guys!!!
Putus cinta itu memang menyakitkan..
Kalu tak, takkan sampai ada yang sanggup bunuh diri..
Tapi cuba pikir balik..
Sampai bila nak seksa diri sendiri..

So..
Meh sini aku nak cakap apa kena buat bila putus cinta..

Dulu korang asik topup sebab nak bergayut dengan boyfriend kan?
Apa kata duit topup tu korang pi beli makanan sedap-sedap..


Tak pun korang kumpul duit tu wat beli high heel..
Nanti jumpe boyfriend or girlfriend yang tinggalkan korang tu, korang pelangkung je dia kasi sedar sikit..
Eh…aku memain je laaa..
Tapi korang boleh guna duit tu wat beli apa-apa barang yang boleh buat korang hepi..
Pilihan lain?
 Pack je barang korang..
Pi la jejalan mana-mana..




Time ni jugak la korang nak spend masa dengan kengkawan..
Buat membazir masa je duk meratap dalam bilik sorang-sorang..
Korang jugak yang sakit hati nanti..
Kalu dulu korang buat dunia ni macam dunia korang berdua je yang wujud..
Tak nampak dah kengkawan yang duk ada selama ni..
Why not korang pi cari balik kengkawan korang tu..
Ajak dorang jalan-jalan sampai korang langsung ta de masa nak pikirkan pasal korang punya ex tu..
Main point aku kat sini adalah sila busykan diri..
Nanti kawan korang kutuk korang balik?
Alaa..setakat kena kutuk sikit-sikit dengan kengkawan sendiri tu apa la sangat..
Dalam persahabatan, tak de konsep dah ludah jilat semula ye..
And kengkawan tu pun, support la sikit member sendiri..
Manusia ni kan mudah lupa..
Nak wat camne, time tu dia lupa korang..
Hehehe!!




 Eh..buat apa tu?
Buang semua barang yang ingatkan korang pada dia?
Owh…sayangnya…tak membazir ke?
Tapi kalu dengan cara tu korang rasa lebih baik, buat je laa..
Tak pun korang pi sedekah je la barang-barang tu kat sesape..
Yelaaa…standard la orang bercinta kan.
Kasi teddy bear laa.. bunga laa..gambar laa…
Frankly speaking, kalu aku, aku simpan je..
Bila dah rasa cukup kuat nak hadap balik semua tu, guna je la balik semua barang tu..
Sebab buang barang-barang tak bermakna kita mampu buang kenangan tu kan?
Sape tahu, one day kita sendiri akan tergelak bila tengok barang-barang tu…



Pastu terus terkeluar..
“ Apahal dia kasi fresh flower ey? Dia nak kasi hint kot yang cintanya akan mereput seperti bunga yang dia kasi ni..”
Hehehe!!

And the most important thing..


Mengadulah..
Kita ni manusia yang sangat lemah..
Kekadang kita rasa tak de sape dah yang kita boleh percaya..
Tak sape dah yang boleh tolong kita..
Tapi kita tak boleh lupa yang kita masih ada ALLAH..
Menangislah..merataplah..merayulah..
Insya’Allah, DIA sentiasa ada untuk kita..
Sedikit pun tak pernah tinggalkan kita..
Dan ingat..
Jangan salahkan DIA..
Kekadang kita tak dapat apa yang kita nak bukan sebab DIA tak sayang kita tapi DIA suka dengar kita merayu padaNya..
ALLAH takkan uji kita kalau kita tak kuat..
Dan apa yang kita nak tak semestinya terbaik utk kita kan?
^_-

Haaa…
Kan dah panjang lebar aku bercerita tu..
Ops!!!
Aku tulis ni bukan pasal aku baru lepas putus cinta or sedang bercinta..
Just memahami rasa sakitnya putus cinta..
Tapi itu bukan alasan untuk kita seksa diri kita..
Don’t tell me “ bercakap senang laa.. cuba kena kat diri sendiri..”
Come on guys!!
As I said before, kekadang kita rasa tak sapa boleh tolong kita dah..
Sedangkan kita tahu ada yang sentiasa ada untuk kita mengadu..

Satu pesanku..
Bila kita sayangkan seseorang, jangan la sayang terlampau banyak..
Simpan sikit sayang itu untuk diri kita..
Sebab we never know the future..
Pahamkan?

So..
Mimie..
Bila mau ada boyfriend ni?
Ops!!
Ada beza ke boyfriend dengan friend?
Sebab dua-duanya tak boleh disentuh..
Unless  “ HUSBAND”..

Aku suka ibaratkan jodohku itu ibarat arnab..
Mungkin laju berlari tetapi tertidur di bawah pokok..
Bila dah tersedar nnt, baru menyambung larian ke garisan penamat..
So, jangan terasa apabila kura-kura yang mendahului..
Get it?
Just pray for me ok..
^_^

Ok..

Jumpa lagi.. 

p/s: No offense.. past is past.. today is for future..

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Thursday, October 8, 2015

Apa lagi yang kita nak?

Assalamualaikum..

Hari ni balik kerja awal..
Horray horray la jawabnya..
Dah la tadi pi mintak cuti diluluskan dengan senangnya..
Balik rumah pun muka tersenyum sampai nampak gigi geraham la..
^_^

Scroll facebook pun boleh tersengih even x de pape pun kat situ..
Tapi..
Macam-macam kan ada jual sekarang ni..
Ubat nak kurus..
Ubat nak cantik..
Ubat nak putih..
Sebut je apa mau..
Eh..jodoh ade jual tak?
Please...joking!!

Sebenarnya mmg kita tak pernah puas kan.. Ada je yang kita nak.. Sebab itu la dalam Quran sendiri ada cakap..
  Sedikit sahaja golongan manusia yang bersyukur..
*sila rujuk surah Saba': 13*

Tidak menunding jari pada sesape tapi cukup la pada diri sendiri ni.. Sentiasa rasa tidak cukup.. Ada saja yang tidak kena.. 

Like me..
Pakai sendayu tinggi dengan harapan tinggi akan meningkat..
Eh... Kidding ok!!
Tapi aku dulu selalu minum susu dengan harapan badan akan jadi lebih berisi..
Lepas minum, terus tidur..
Tapi, badan still tak berisi..
Yang bestnya, tidurku jadi lena..
No wonder la baby yang minum susu tu tido lena kan?
Hehehe!!

Yang gemuk sibuk nak jadi kurus..
Abes segala ubat kurus ditelan..
Sampai sanggup tak beli makanan.. 
Tapi, kawan ko punya makanan, selamber plak ko makan ye..
My dear..
Berdiet utk jaga kesihatan itu bagus tapi kalu sampai tahap menyeksa badan sendiri, tak payah laaa..

Yang gelap nak jadi putih..
Yang putih pulak sibuk duk berjemur nak kasi nampak gelap..
Dan ntah berapa banyak dah kita sanggup perabih sebab nak nampak ala-ala miss world kan..
Well.. nak jadi miss world ni hati kena check jugak tau..

Tu baru bab fizikal..
Belum lagi bab barang..
Beli barang kat pasar malam itu x de standard..
Beli kat pavilion baru la terbeliak bijik mata semua org tgk..
Pakai kasut cap ayam gatal kaki..
Kena pakai cap Adidas je..
Baju tido pun beli kat topshop..
Wowwww!!
Itu pun masih kita tak rasa puas kan?

Agaknya kereta kita tu pun kalu boleh nak ditukar sebulan sekali..
Sebenarnya, bila kita bandingkan diri kita dengan orang lain, kita takkan rasa puas..
"Owh..muka dia tak cantik, ngape dapat boyfriend hensem?"
Itu pun kita boleh persoalkan..
Pastu mula la tanam niat nak cari boyfriend yang lagi hebat..
Lagi hebat bila mula terasa diri terlebih sempurna..
Mula pasang scandal sampai tak cukup jari kaki nak hitung..
Oh my..
Konsep zaman mana niiii?
Bersyukur la at least ada orang nak kan dari yang takde boyfriend tu..


Ok..
Tak mau cakap panjang-panjang dah..
Kenal diri sendiri kan?
Sila ukur diri sendiri..
Setiap kejadian pasti ada hikmah..
Kegembiraan serta ketenangan hidup kita bukan berdasarkan apa brand kita pakai..
Dan..
Bila kita rasa susah, ingat la ramai lagi yang susah dari kita..

Tepuk dada, tanya la hati, tanya la akal..

Jumpa lagi..
^_^













♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Thursday, October 1, 2015

Bila dilangkah bendul...

Assalamualaikum..

Hai korang?
Pssstttt..korang ada tengok tak drama " Hello Mr.Perfect" tu?
Mimie..
Sejak bila pandai layan drama ni?
Hihihihi!!

Drama tu pasal adik tak dibenarkan kawen selagi abang tak kawen..
Kekonon tak mau kasi langkah bendul..
Langkah bendul ni bukan apply utk kakak and adik perempuan je ke?
Yang paling penting perlukah berkahwin mengikut giliran macam tu?
Bukan ke jodoh itu tidak mengenal usia?
Heheheh!!

Sebenarnya my bro pun kawen lebih awal even aku yang sulung dalam family..
Nak tahu camne rase?
So, meh sini nak cite kat korang..

Aku and adik aku ni beza 3 tahun..
Kami 6 beradik and aku satu-satunya perempuan dalam family..
Hinggalah satu hari, my ma cakap dia nak bertunang..
Frankly speaking, aku terasa macam..
" Alaaaa....nak tunang dah..Muda lagi kotttt..."
Saat itu aku terlupa jodoh itu adalah ketentuan Allah..

Tak pe laa..
Takkan nak halang plak...

So..
24 Okt 2014..

Selamat bertunang..

Hinggalah satu hari..
Aku mendapat call dari adik aku di tempat kerja..
Aku tak jawab call tu sbb tak perasan..
So, I call him back laa..
Tapi katanya..
" Tak de pape pun..Saja je.."
Aik..
Sejak bila plak call sesaje ni..
Dulu-dulu selalu la dia buat gitu..
Itu pun sebab nak show off celcom kasi buat call free time birthday die..
Memang selama seminggu tu hari-hari la dia call...
Tapi sejak dah keje ni tak de dah perangai sengal yang tu..
Lagi pun tu bukannya minggu birthday dia pun..
Layan je laaaa..

Bila balik rumah..
Soalanku terjawab..
Rupa-rupanya dia call nak bagitahu benda penting..
Dia nak kawen dah and adakah aku as kakak ok kalu dia kawen dulu...

Can u imagine?
He is one of my bro..
Not only adik laa..
Tapi aku anggap jugak macam best friend..
Aku suka ajak dia bila nak buat outdoor activity..
Sebab aku tak de kawan yang nak diajak utk buat aktiviti gitu..
Lagi pun aku rasa lebih selamat and senang dengan adik sendiri..
Bila nak panjat gunung, dia jugak yang aku ajak..
Nak shopping pun dia jugak yang teman..
Mana-mana baju dia yang aku berkenan, aku akan mintak belikan jugak..
Dari kecik aku suka tengok apa yang dia pakai..
Jika kasut kulit kasut sekolahnya, maka kasut kulit jugaklah yang aku inginkan..
Apa yang dia buat, aku pun nak buat jugak..
Jika dia tahu siang ikan and ayam, aku pun nak tahu jugak..
So, dia la ajar aku buat semua tu.. 
Haru tak haru ada kakak macam ni?
Hahahaha!!

Kitorang pernah tinggal bersama ketika di Nilai..
Time tu aku kerja di KLIA..
Dia pulak praktikal di KLIA..
So, kitorang saling bergantung..
Tetiap kali aku ke Nilai pun, dia masih akan make sure aku sentiasa kenyang..
Dah tahu sangat kakak dia kuat makan..
Senang cerita, banyak dalam hidup aku ni bergantung pada dia..

Aku dah terbiasa ada dia..
Bila aku ada problem especially bila aku berjalan ke mana-mana, dia dulu yang akan aku cari..
" Angoh.. tiket economy penuh..kena upgrade ke business.."
" Angoh..ticketing staff ni kata tiket kak x leh guna.."
"Angoh.. kak nak beli kasut ni.. smart x?"
" Tengok bag baru kak beli..smart kan?"
Aku ada perangai careless sikit.. 
Pastu mula la sendiri kalut..
Since kitorang membesar bersama, dia dah terbiasa dengan kekalutan serta kesengalan aku..

Bila makin hampir dengan tarikh perkahwinannya..
Adik aku yang kedua pulak meluahkan kebimbangannya..
Dia bimbang aku tak ok bila "dilangkah bendul"..
Bimbang jika ada yang bertanya bila aku punya giliran pulak..

Hey bros...
Dont worry..
I am your strong sister..
Membesar dengan korang yang semua lelaki make me jadi lebih kuat..
Lagi pun, I now la korang kan hero yang boleh diharap..
Bila dengan korang je, abes tertutup peluang orang lain nak dekat..
Sila kasi chance kat your sister ni boleh tak?
Jangan buat orang luar anggap me nampak macam korang punya adik yee..
Terasa muda sungguh diri ini..
Hahahahaha!!

So..
18 Feb 2015..

selamat diakad nikahkan..


Kakak and adik..

Walaupun dia dah ada tanggugjawab baru..
Kita tetap adik beradik dunia akhirat..

And kebetulan..
His wife ( my sis in law) berkongsi nama sama denganku..
"mimie"

Mimie and afiq..

Memang tak boleh lari jugak dari Mimie..
Mungkin aku la yang kurang beban..
Tak payah lagi iron baju dia..
Katil dia pun tak payah kemas lagi...
@_@

Welcome to our family Mimie..

Oh..
Baju dorang ni masih perlu aku ironkan..
Sila berterima kasih korang dapat kakak yang cool like me ye..

Our ma and abah bersama pengantin baru..

walaupun sedih jugak bila one of orang yang paling rapat dengan aku dah tukar status..
Tapi..

makan tetap jadi keutamaan..
Hahaha!!

19 Feb 2015..
Majlis perkahwinan sebelah perempuan..
21 Feb 2015..
Majlis perkahwinan sebelah lelaki..

we are Mimie...

Kami..

Walaupun itu majlis perkahwinannya,
aku terasa seperti aku yang kena kahwin..
whyyyyyyy?
Dari kad kawen sampai la ke doorgift, 10 saat sekali dia akan tanya pendapat aku..
And like always..
Benda yang simple selalu akan jadi pilihanku..

For me..
Jodoh itu ketentuan Allah..
Aku tidak marah atau pun sikit pun tiada rasa jeles bila dia yang berkahwin dulu..
Hanya rasa sedih dan gembira sahaja..
Sedih pastinya kerana aku hanyalah manusia biasa..
Tetap akan terasa bila orang yang paling rapat denganku bukan lagi sepenuhnya denganku..
Bukan satu perasaan yang senang untuk lepaskan orang yang biasa kita jaga pada orang lain..

Tapi..
Still happy sebab dia dah kawen..
Yang penting " Mimie" jugak tu..
Always doakan yang terbaik for both of you..

Ikhlas..

-kakak cantik-

Jumpa lagi..
Bye..







♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Monday, September 28, 2015

Ada jodoh jumpa lagi.. (Final Part)

Asssalamualaikum..

1 August 2015..

Morning uollsss...
^_^
"Awak mandi dulu.."
Tu diaaa...
Semua bangun pepagi, tapi aku yang disuruhnya mandi dulu..
Motif?
Ko kan mandi lama Mimie!!
Yelaaaaaaa....
Bila mandi awal, siap pun paling awal laa..
Dengan gaya yang cun melecun ala-ala diva, terus aku turun ke bawah..
Joking!! Aku simple like always laa...
" Awak nak gi beli buah tak ni? Kalu nak kita gi la kebun buah tu dulu pagi ni.."
Tu diaaaa...
Ma Akma terus tanya soalan bonus..
Sebenarnya ma Akma ada kasi kitorang makan honeydew before ni..


Manis semacam je..
Terus la aku cakap nak pi beli buah tu..
Aku mmg pantang sikit dengan buah ni.. Ibarat Nescafe and coffemate laa..
Alang-alang dah dioffer, laju je la aku jadi burung belatuk..
Memandangkan aku je yang jatuh cinta terlebih kat buah-buahan ni, aku je yg pergi..
Yang lain sibuk berdandan lagi..
"Ok..bye korang!!"
Aku, Akma and ma Akma je yang pergi..
Vroom..Vromm..Vroom...
15 minit je..

Inilah kebunnya..

Aku yang teruja..

Haaaa...pilih..pilih..
Jangan pilih aku sudah..
T_T

Ini pon sodap..
Spesis sama tapi lain campuran je ni..

Aku borong kat sini je sampai penuh kereta..
Hahahaha!!
Ikut hati nak beli byk lagi..
Tapi pikirkan bag gedabak aku tu, terpaksa la hadkan pembelian..
Bukan la tamak tapi nnt boleh la kasi kat jiran-jiran rasa jugak..
Nama pun hidup berjiran..

Sampai je rumah Akma..
Turunkan semua buah-buah tu..
" Cepat cepat masuk.. Pasar Siti Khadijah menanti dah tu.."
Panjang dah list makanan aku nak beli ni..
Hihihi!!

Rupanya Pasar Siti Khadijah sedang dlm proses renovation..
Pasar ni lebih kurang Pasar Payang kat Terengganu tu laa..
Macam-macam ada laa..

*pic lama*
Time aku pi last year..
Tempat ni la yg dorg duk renovate..

Me and Shiha..


Ikan segar..
Aku pun segar..
Hehehe!!

Puas memborong makanan..
Jom balik!!

Sampai je rumah, terus baik punya aku bersila..
Eh,, duduk atas kerusi sambil teman ma Akma masak kat dapur..
Nak masak tak pandai..
So, aku teman sembang laa..
Hahahaha!!

Yang penting aku duk mengadap feveret aku ni..

Etok namanya...
Ala-ala kerang laa...
Aku je yang makan ni..
Dorang tak makan sangat..
Betapa tamaknya, aku beli sampai 3 bungkus..
And Syukurnya, aku berjaya habiskan semuanya...

Sebenarnya abah tak kasi sangat aku makan ni..
Bimbang aku sakit perut..
Tapi sebab dah suka, aku redah je makan..
Aku bukan reti sangat pun makan ni..
Habis aku gigit sampai hancur..
Yang penting sodap....
Bukan ni je yang aku beli, tapi abes segala jenis kuih aku beli..
That is the best part la tetiap kali ke Kelantan..

Sesape yang pi Kelantan nnt boleh la beli yee..
Kat pasar memang berlambak laa..

This is Lala..

Ok..
Ma Akma dah siap masak..
Kitorang pun dah bersiap nak balik..

Meh makan dulu..

Nasi Ayam in the house..

Nak nasi kerabu?
Next time yee..
Lagi pun aku tak berapa makan sangat nasi kerabu..

Menantu pilihan tuang air..

Pukul 3:30 petang baru kitorang gerak balik..
Bila namanya pilot tu suka cuci mata...
Kitorang sempat lagi menyinggah..

Pantai Bisikan bayu..
Singgah makan jelly kelapa and jagung bakar je..

Meh nak bisik sikit..
" Akma and family.. 
Tenkiu so much.. Moga jumpa lagi next time.."

Good bye Kelantan..
Kita ketemu lagi nnt yee..

Alhamdulillah..
Kami selamat sampai lebih kurang pukul 8 lebih sikit-sikit..
Perjalanan yang agak mencabar bagi aku as pilot kerana hujan lebat yang sangat mengganggu penglihatan aku yang agak terbatas..
Maklumlah..
Faktor usia..
Hehehe!!

Tidak dilupakan..
" Ma.. selamat hari lahir.."
Actually.. 1 August is my mom's birthday..

Hadiahnya?
Tadaaaaaaa...

Alat-alat utk mak-mak..
Sebab my ma suka masak-masak..
And anaknya ini suka makan-makan..
@_@

__________________________________________________________________

Tamat sudah drama bersiri aku and kengkawan ke Kelantan..
One of the precious moment for me..
Hope pasni kita dapat jalan-jalan sesame lagi..
Jom teruskan usaha mengisi tabung "makan angin" kita!!

Ok...
Jumpa lagi...








♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Saturday, September 26, 2015

Kelantan..kami datang (Part 2)

Assalamualaikum…

31 Julai 2015..

~Bangun pagi
gosok gigi
cuci muka
Kita makan pagi..
Ops..solat dulu please…~
^_^

So..
Apa plan kita pagi ni ?
Jom kita ke Pengkalan Kubor…
Akma as tourist guide laa..
And me as pilot…


Duk syok sangat ikut arahan Akma, aku tersalah masuk jalan plak..
Punya gedabak sign jalan sehala, aku redah jugak masuk..
Nasib baik ada kereta bagi isyarat mintak aku reverse balik..
Oh yaa…itu lagi satu masalah besar bagi aku..
Bila memandu dengan mengikut arahan, aku akan bergantung sepenuhnya pada arahan itu..
Salah bagi arahan, salah la aku yang memandu..
Heheheh!!

Gara-gara salah masuk jalan tu, ade la sorang mamat kereta sebelah pandang sambil senyum sweet sangat..
Melting la kejap…
Mimieeeee… boleh pulak ko usha orang sebelah tengah driving?
Well..that’s my expertise..
Hahahahaha!!

Disebabkan tetiba terasa nak test Mr.Waze, kitorang ikut arahan Mr. Waze plak..
Baik punya jalan la MR.Waze bawak ni..
Entah shortcut celah mana entah..
Yang pasti terbentang sawah menghijau depan mata...
Tup tup terpandang pondok di tengah sawah..

Cantikkan?

Apa lagi…
Shrekkkkkk..
Tanpa signal terus aku stop kereta tepi sawah tu..
No worries ok..
I tahu kat belakang takde kenderaan lain..
Agak-agak kalu turun setakat nak sedut udara segar saja, baik bukak tingkap luas-luas je..
Sah-sah la turun posing baik punya kan..


klik..


klik..klik..


Dan klik lagi..

Pssssttt..
Korang..
Lama dah kita ceroboh tanah orang ni..
 Jom gerak..

Nak tahu apa yang kitorang jumpa sepanjang on the road tu?


Eh..kita kat sungai Golok?

Tengok depan!!!

Abang tentera jaga kawasan..

*Sebab kitorang main redah je jalan ni, kitorang pun ringankan mulut tanya arah yang kena kitorang lalu..
Mekaseh abg uniform!!
Mekaseh jugak menjaga sempadan Malaysia!!



Seberang sana bukan lagi negara kita..
Memang dekat laaa..


Welcome to Thailand..

Nasib baik tak bwk pasport..
Kalu tak mau terlepas ke seberang ni..

Akhirnya..
sampai jugak kami ke Pengkalan Kubor..


Dalam ni la tempatnya..
Meh masuk meh..



Ada yang berkenan?
Kat sini ada jual kain, alatan dapur, baju, coklat..
Makanan..
Harga?
Affordable laaa..


Dorang usha handbag, kitorang usha cermin..
hihihi!!!

Dah abes alirkan sedikit duit di situ,kitorang gerak keluar..
Bila nak keluar, korang kena lalu depan imigresen punya orang..
Sekali sampai dekat imigresen, dorang tanya apa yg kitorang beli..
“ Coklat..sudu..senduk.. sikit je..”
Dorang tunjuk muka tak puas hati..
“ Nak check ke?”
Aku kasi offer baik punye utk dia check sambil Shiha jadi pemerhati..
“ Beli coklat jee…”
Itu pulak dijawabnya lepas check bonet kereta aku..
Lor.. dah tadi aku jawab aku beli kaki lembu ke?
Tak pe la Mimie.. Itu kan tugas dia.. Sila bersabar di hari Jumaat..Hehehe!!
Bersabar dalam kelaparan ni memang susah sikit..
@_@

Tapi kan aku ada beli halwa nanas ..
Sedap bangat..
Pasni boleh beli lagi..

Keriukkkk...
Eh..berirama sudah perut kita ni..
Jom singgah makan..



Apa yang special?
Inilah dia....


mee cambol..


terliur ke?
Seriously sedap...

Alaaaa..
Ni kedai yang kitorang singgah makan tu..
Nanti korang pi la cari kedai ni...

Sila fokus pada 2 entiti yang baru pulang solat Jumaat tu..
Hahahaha!!

Alhamdulillah dah kenyang..
Mari menyambung perjalanan ke KB Mall..
Sambil cuci mata di tepi-tepi jalan..


Nampak tu?

Owh..KB Mall ibarat Mid Valley Kelantan la bagi aku..
*Sorry tak de snap any pic kat KB Mall..

Dah beli apa-apa yang berkenan di mata dan hati..
kitorang bergerak ke Pantai Cahaya Bulan plak..
Erm..
Dulu pantai ni namanya "Pantai Cinta Berahi"..
Disebabkan kurang manis namanya, itu yang ditukar pada Pantai Cahaya Bulan..
Kita sedut angin pantai sampai kembung perut sambil makan-makan..




Ramai orang bersantai kat sini..




Jom balik..
Nak Maghrib dah ni..

Pantai ni tak jauh pun dari rumah Akma..
Dalam 15 minit je pun..
"Malam ni mau ke mana lagi?"
" Wakaf Che Yeh!!"

Kekonon tak mau nyusahkan ma Akma masak utk kitorang yang susah nak kenal erti kenyang ni, kitorang sume makan kat kedai on the way ke Wakaf Che Yeh tu..


Jemput menjamu mata ey korang..

Sedap je makanannya tapi sebab aku tak tahan pedas,
Aku tak mkn lauk byk laa..

Bila dah kenyang..mula la drama sebabak berlaku..
" Awak singgah toilet dulu boleh tak?"
"ok.."

Lets start the game..
~ Sape lambat duk luar..~
Hahahaha!!

Eh..awat x boleh bukak ni?
Lock ke?

Bukak laaaaaa.....

Kalu tak..
Saya angkat kereta ni!!

Tu dia..
Dia punye gagah tu..
hahahaha!!

Dah..dah..
Jom ke destinasi kita..
~Wakaf Che Yeh~


*ini pic last year time kitorang ikut Akma balik Kelantan*

Bagi aku Wakaf Che Yeh ni macam Jalan Tar la lebih kurang..
Maybe menarik utk orang yang first time datang..
So, tak de apa yang aku beli kecuali buah-buahan..
Aku memang pantang jumpa dengan buah-buahan ni..
Terus jadi hantu buah..

Disebabkan tak de benda menarik sangat..
Pukul 12 malam kitorang dah sampai rumah Akma dah..
Tido?
Tidak!!!!
Kitorang mencuba pelbagai makanan yang kitorang beli..
Siap masak-masak bagai lagi..
Dah cakap dah..
Kitorang susah nak mengenal erti kenyang..
Hehehe!!
Pukul 2 baru abes makan..

Pastu kitorang buat pillow talk lagi sampai terzzzzzzzzzz…

____________________________________________________________________

Sambung next time plak ye..
Aku pun dah ngantuk jugak ni..
Jumpa lagi..
^_^



♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...