Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Friday, October 9, 2015

Bila putusnya cinta..

Assalamualaikum..

“ Jom keluar makan..”
“Tak mau..”
“ Dah 2 minggu ko tak makan..ko ada problem ke? ”
“Waaaaaaaaaaaaaa….. aku dah break up dengan boyfriend aku..”

Itulah penangan cinta..
Wake up guys!!!
Putus cinta itu memang menyakitkan..
Kalu tak, takkan sampai ada yang sanggup bunuh diri..
Tapi cuba pikir balik..
Sampai bila nak seksa diri sendiri..

So..
Meh sini aku nak cakap apa kena buat bila putus cinta..

Dulu korang asik topup sebab nak bergayut dengan boyfriend kan?
Apa kata duit topup tu korang pi beli makanan sedap-sedap..


Tak pun korang kumpul duit tu wat beli high heel..
Nanti jumpe boyfriend or girlfriend yang tinggalkan korang tu, korang pelangkung je dia kasi sedar sikit..
Eh…aku memain je laaa..
Tapi korang boleh guna duit tu wat beli apa-apa barang yang boleh buat korang hepi..
Pilihan lain?
 Pack je barang korang..
Pi la jejalan mana-mana..




Time ni jugak la korang nak spend masa dengan kengkawan..
Buat membazir masa je duk meratap dalam bilik sorang-sorang..
Korang jugak yang sakit hati nanti..
Kalu dulu korang buat dunia ni macam dunia korang berdua je yang wujud..
Tak nampak dah kengkawan yang duk ada selama ni..
Why not korang pi cari balik kengkawan korang tu..
Ajak dorang jalan-jalan sampai korang langsung ta de masa nak pikirkan pasal korang punya ex tu..
Main point aku kat sini adalah sila busykan diri..
Nanti kawan korang kutuk korang balik?
Alaa..setakat kena kutuk sikit-sikit dengan kengkawan sendiri tu apa la sangat..
Dalam persahabatan, tak de konsep dah ludah jilat semula ye..
And kengkawan tu pun, support la sikit member sendiri..
Manusia ni kan mudah lupa..
Nak wat camne, time tu dia lupa korang..
Hehehe!!




 Eh..buat apa tu?
Buang semua barang yang ingatkan korang pada dia?
Owh…sayangnya…tak membazir ke?
Tapi kalu dengan cara tu korang rasa lebih baik, buat je laa..
Tak pun korang pi sedekah je la barang-barang tu kat sesape..
Yelaaa…standard la orang bercinta kan.
Kasi teddy bear laa.. bunga laa..gambar laa…
Frankly speaking, kalu aku, aku simpan je..
Bila dah rasa cukup kuat nak hadap balik semua tu, guna je la balik semua barang tu..
Sebab buang barang-barang tak bermakna kita mampu buang kenangan tu kan?
Sape tahu, one day kita sendiri akan tergelak bila tengok barang-barang tu…



Pastu terus terkeluar..
“ Apahal dia kasi fresh flower ey? Dia nak kasi hint kot yang cintanya akan mereput seperti bunga yang dia kasi ni..”
Hehehe!!

And the most important thing..


Mengadulah..
Kita ni manusia yang sangat lemah..
Kekadang kita rasa tak de sape dah yang kita boleh percaya..
Tak sape dah yang boleh tolong kita..
Tapi kita tak boleh lupa yang kita masih ada ALLAH..
Menangislah..merataplah..merayulah..
Insya’Allah, DIA sentiasa ada untuk kita..
Sedikit pun tak pernah tinggalkan kita..
Dan ingat..
Jangan salahkan DIA..
Kekadang kita tak dapat apa yang kita nak bukan sebab DIA tak sayang kita tapi DIA suka dengar kita merayu padaNya..
ALLAH takkan uji kita kalau kita tak kuat..
Dan apa yang kita nak tak semestinya terbaik utk kita kan?
^_-

Haaa…
Kan dah panjang lebar aku bercerita tu..
Ops!!!
Aku tulis ni bukan pasal aku baru lepas putus cinta or sedang bercinta..
Just memahami rasa sakitnya putus cinta..
Tapi itu bukan alasan untuk kita seksa diri kita..
Don’t tell me “ bercakap senang laa.. cuba kena kat diri sendiri..”
Come on guys!!
As I said before, kekadang kita rasa tak sapa boleh tolong kita dah..
Sedangkan kita tahu ada yang sentiasa ada untuk kita mengadu..

Satu pesanku..
Bila kita sayangkan seseorang, jangan la sayang terlampau banyak..
Simpan sikit sayang itu untuk diri kita..
Sebab we never know the future..
Pahamkan?

So..
Mimie..
Bila mau ada boyfriend ni?
Ops!!
Ada beza ke boyfriend dengan friend?
Sebab dua-duanya tak boleh disentuh..
Unless  “ HUSBAND”..

Aku suka ibaratkan jodohku itu ibarat arnab..
Mungkin laju berlari tetapi tertidur di bawah pokok..
Bila dah tersedar nnt, baru menyambung larian ke garisan penamat..
So, jangan terasa apabila kura-kura yang mendahului..
Get it?
Just pray for me ok..
^_^

Ok..

Jumpa lagi.. 

p/s: No offense.. past is past.. today is for future..

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Thursday, October 8, 2015

Apa lagi yang kita nak?

Assalamualaikum..

Hari ni balik kerja awal..
Horray horray la jawabnya..
Dah la tadi pi mintak cuti diluluskan dengan senangnya..
Balik rumah pun muka tersenyum sampai nampak gigi geraham la..
^_^

Scroll facebook pun boleh tersengih even x de pape pun kat situ..
Tapi..
Macam-macam kan ada jual sekarang ni..
Ubat nak kurus..
Ubat nak cantik..
Ubat nak putih..
Sebut je apa mau..
Eh..jodoh ade jual tak?
Please...joking!!

Sebenarnya mmg kita tak pernah puas kan.. Ada je yang kita nak.. Sebab itu la dalam Quran sendiri ada cakap..
  Sedikit sahaja golongan manusia yang bersyukur..
*sila rujuk surah Saba': 13*

Tidak menunding jari pada sesape tapi cukup la pada diri sendiri ni.. Sentiasa rasa tidak cukup.. Ada saja yang tidak kena.. 

Like me..
Pakai sendayu tinggi dengan harapan tinggi akan meningkat..
Eh... Kidding ok!!
Tapi aku dulu selalu minum susu dengan harapan badan akan jadi lebih berisi..
Lepas minum, terus tidur..
Tapi, badan still tak berisi..
Yang bestnya, tidurku jadi lena..
No wonder la baby yang minum susu tu tido lena kan?
Hehehe!!

Yang gemuk sibuk nak jadi kurus..
Abes segala ubat kurus ditelan..
Sampai sanggup tak beli makanan.. 
Tapi, kawan ko punya makanan, selamber plak ko makan ye..
My dear..
Berdiet utk jaga kesihatan itu bagus tapi kalu sampai tahap menyeksa badan sendiri, tak payah laaa..

Yang gelap nak jadi putih..
Yang putih pulak sibuk duk berjemur nak kasi nampak gelap..
Dan ntah berapa banyak dah kita sanggup perabih sebab nak nampak ala-ala miss world kan..
Well.. nak jadi miss world ni hati kena check jugak tau..

Tu baru bab fizikal..
Belum lagi bab barang..
Beli barang kat pasar malam itu x de standard..
Beli kat pavilion baru la terbeliak bijik mata semua org tgk..
Pakai kasut cap ayam gatal kaki..
Kena pakai cap Adidas je..
Baju tido pun beli kat topshop..
Wowwww!!
Itu pun masih kita tak rasa puas kan?

Agaknya kereta kita tu pun kalu boleh nak ditukar sebulan sekali..
Sebenarnya, bila kita bandingkan diri kita dengan orang lain, kita takkan rasa puas..
"Owh..muka dia tak cantik, ngape dapat boyfriend hensem?"
Itu pun kita boleh persoalkan..
Pastu mula la tanam niat nak cari boyfriend yang lagi hebat..
Lagi hebat bila mula terasa diri terlebih sempurna..
Mula pasang scandal sampai tak cukup jari kaki nak hitung..
Oh my..
Konsep zaman mana niiii?
Bersyukur la at least ada orang nak kan dari yang takde boyfriend tu..


Ok..
Tak mau cakap panjang-panjang dah..
Kenal diri sendiri kan?
Sila ukur diri sendiri..
Setiap kejadian pasti ada hikmah..
Kegembiraan serta ketenangan hidup kita bukan berdasarkan apa brand kita pakai..
Dan..
Bila kita rasa susah, ingat la ramai lagi yang susah dari kita..

Tepuk dada, tanya la hati, tanya la akal..

Jumpa lagi..
^_^













♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Thursday, October 1, 2015

Bila dilangkah bendul...

Assalamualaikum..

Hai korang?
Pssstttt..korang ada tengok tak drama " Hello Mr.Perfect" tu?
Mimie..
Sejak bila pandai layan drama ni?
Hihihihi!!

Drama tu pasal adik tak dibenarkan kawen selagi abang tak kawen..
Kekonon tak mau kasi langkah bendul..
Langkah bendul ni bukan apply utk kakak and adik perempuan je ke?
Yang paling penting perlukah berkahwin mengikut giliran macam tu?
Bukan ke jodoh itu tidak mengenal usia?
Heheheh!!

Sebenarnya my bro pun kawen lebih awal even aku yang sulung dalam family..
Nak tahu camne rase?
So, meh sini nak cite kat korang..

Aku and adik aku ni beza 3 tahun..
Kami 6 beradik and aku satu-satunya perempuan dalam family..
Hinggalah satu hari, my ma cakap dia nak bertunang..
Frankly speaking, aku terasa macam..
" Alaaaa....nak tunang dah..Muda lagi kotttt..."
Saat itu aku terlupa jodoh itu adalah ketentuan Allah..

Tak pe laa..
Takkan nak halang plak...

So..
24 Okt 2014..

Selamat bertunang..

Hinggalah satu hari..
Aku mendapat call dari adik aku di tempat kerja..
Aku tak jawab call tu sbb tak perasan..
So, I call him back laa..
Tapi katanya..
" Tak de pape pun..Saja je.."
Aik..
Sejak bila plak call sesaje ni..
Dulu-dulu selalu la dia buat gitu..
Itu pun sebab nak show off celcom kasi buat call free time birthday die..
Memang selama seminggu tu hari-hari la dia call...
Tapi sejak dah keje ni tak de dah perangai sengal yang tu..
Lagi pun tu bukannya minggu birthday dia pun..
Layan je laaaa..

Bila balik rumah..
Soalanku terjawab..
Rupa-rupanya dia call nak bagitahu benda penting..
Dia nak kawen dah and adakah aku as kakak ok kalu dia kawen dulu...

Can u imagine?
He is one of my bro..
Not only adik laa..
Tapi aku anggap jugak macam best friend..
Aku suka ajak dia bila nak buat outdoor activity..
Sebab aku tak de kawan yang nak diajak utk buat aktiviti gitu..
Lagi pun aku rasa lebih selamat and senang dengan adik sendiri..
Bila nak panjat gunung, dia jugak yang aku ajak..
Nak shopping pun dia jugak yang teman..
Mana-mana baju dia yang aku berkenan, aku akan mintak belikan jugak..
Dari kecik aku suka tengok apa yang dia pakai..
Jika kasut kulit kasut sekolahnya, maka kasut kulit jugaklah yang aku inginkan..
Apa yang dia buat, aku pun nak buat jugak..
Jika dia tahu siang ikan and ayam, aku pun nak tahu jugak..
So, dia la ajar aku buat semua tu.. 
Haru tak haru ada kakak macam ni?
Hahahaha!!

Kitorang pernah tinggal bersama ketika di Nilai..
Time tu aku kerja di KLIA..
Dia pulak praktikal di KLIA..
So, kitorang saling bergantung..
Tetiap kali aku ke Nilai pun, dia masih akan make sure aku sentiasa kenyang..
Dah tahu sangat kakak dia kuat makan..
Senang cerita, banyak dalam hidup aku ni bergantung pada dia..

Aku dah terbiasa ada dia..
Bila aku ada problem especially bila aku berjalan ke mana-mana, dia dulu yang akan aku cari..
" Angoh.. tiket economy penuh..kena upgrade ke business.."
" Angoh..ticketing staff ni kata tiket kak x leh guna.."
"Angoh.. kak nak beli kasut ni.. smart x?"
" Tengok bag baru kak beli..smart kan?"
Aku ada perangai careless sikit.. 
Pastu mula la sendiri kalut..
Since kitorang membesar bersama, dia dah terbiasa dengan kekalutan serta kesengalan aku..

Bila makin hampir dengan tarikh perkahwinannya..
Adik aku yang kedua pulak meluahkan kebimbangannya..
Dia bimbang aku tak ok bila "dilangkah bendul"..
Bimbang jika ada yang bertanya bila aku punya giliran pulak..

Hey bros...
Dont worry..
I am your strong sister..
Membesar dengan korang yang semua lelaki make me jadi lebih kuat..
Lagi pun, I now la korang kan hero yang boleh diharap..
Bila dengan korang je, abes tertutup peluang orang lain nak dekat..
Sila kasi chance kat your sister ni boleh tak?
Jangan buat orang luar anggap me nampak macam korang punya adik yee..
Terasa muda sungguh diri ini..
Hahahahaha!!

So..
18 Feb 2015..

selamat diakad nikahkan..


Kakak and adik..

Walaupun dia dah ada tanggugjawab baru..
Kita tetap adik beradik dunia akhirat..

And kebetulan..
His wife ( my sis in law) berkongsi nama sama denganku..
"mimie"

Mimie and afiq..

Memang tak boleh lari jugak dari Mimie..
Mungkin aku la yang kurang beban..
Tak payah lagi iron baju dia..
Katil dia pun tak payah kemas lagi...
@_@

Welcome to our family Mimie..

Oh..
Baju dorang ni masih perlu aku ironkan..
Sila berterima kasih korang dapat kakak yang cool like me ye..

Our ma and abah bersama pengantin baru..

walaupun sedih jugak bila one of orang yang paling rapat dengan aku dah tukar status..
Tapi..

makan tetap jadi keutamaan..
Hahaha!!

19 Feb 2015..
Majlis perkahwinan sebelah perempuan..
21 Feb 2015..
Majlis perkahwinan sebelah lelaki..

we are Mimie...

Kami..

Walaupun itu majlis perkahwinannya,
aku terasa seperti aku yang kena kahwin..
whyyyyyyy?
Dari kad kawen sampai la ke doorgift, 10 saat sekali dia akan tanya pendapat aku..
And like always..
Benda yang simple selalu akan jadi pilihanku..

For me..
Jodoh itu ketentuan Allah..
Aku tidak marah atau pun sikit pun tiada rasa jeles bila dia yang berkahwin dulu..
Hanya rasa sedih dan gembira sahaja..
Sedih pastinya kerana aku hanyalah manusia biasa..
Tetap akan terasa bila orang yang paling rapat denganku bukan lagi sepenuhnya denganku..
Bukan satu perasaan yang senang untuk lepaskan orang yang biasa kita jaga pada orang lain..

Tapi..
Still happy sebab dia dah kawen..
Yang penting " Mimie" jugak tu..
Always doakan yang terbaik for both of you..

Ikhlas..

-kakak cantik-

Jumpa lagi..
Bye..







♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...