Mr.Nuffnang sayer!!

SweeTy..

Thursday, November 28, 2013

Sedia nak bawak susu anak ke?

Assalamualaikum...

23 December 2013..

Lagi sorang kawan aku maju setapak dariku…

~ Congrat~

Cik Ayu.. Ops!! Puan Ayu ni kawan satu sekolah menengah…
Kebetulan rumah die tak jauh sangat dari umahku..
So, kali ni aku bersiap lambat la sikit..
Kebetulan virus selsema menyerang plak..
Bila dah amik ubat, mula la mata nak terlelap balik kan..
Sedar-sedar je, geng-geng gosipku yang dari Kuala Terengganu dah sampai umahku..
Jap ey..
Nak siap-siap..
Ok.. 
Keluarlah aku dengan kadar berpatutan dengan majlis..
Perlu la berpatutan..
Kot ye pun aku jenis simple, santai and sometime serabai, (3S) tak de la aku nak pakai track suit bagai plak pi kenduri kawen..
Ingat ada lari dalam guni ke kat kenduri tu?
Ish..ish..

Tetibe..
“ Senang Mimie pakai beg macam tu.. Praktis awal-awal nak bawak susu anak..”
Owh my bag!!!
Korang tau aku pakai bag camne?
Taraa…….

~Peace yooo~

Tapi dengan berbaju kurung laa…
Hihihi!!

Kiranya bag camni nak letak susu anak ke?
Alamak!!
Jatuh la saham aku..
Baru je nak usha mamat ensem kat kenduri nanti…
Hahahaha!!

Sebenarnya..
Aku memang tak berapa gemar nak bawak handbag..
Aku lagi suka pakai bag macam ni..


Sebabnya….
Aku kan seorang yang menjaga postur badan..
Korang perasan tak bila bawak handbag, nanti badan korang akan jadi berat sebelah?
Oiii Mimie..
Yang ko pi kutip anak-anak batu isi dalam beg tu kenapa?
Eh..taklah!!
Aku tukarkan duit aku yang “banyak giler” tu dalam bentuk syiling..
Tu yang berat tu..
Hehehe!!
Tapi bila aku menggalas beg kat belakang, balance la badan aku..
Lagi satu, nak buat pape pun senang..
Tak de la asik nak kena betulkan tali beg yang asik nak meleret jatuh..

Lompat-lompat pun sonang..

Cepat tarik beg belakang!!
Nak jatuh dah ni...

Korang nampak tak sifat keadilan bila aku pakai bag macam ni?
Kiri dan kanan akan sama -sama merasa beban yang dipikul..
Hihihi!!

Lagi satu aku lagi suka bawak beg besar or sederhana besar..
Awat plak?
Ko nak isi alat mekap banyak-banyak ey?
Yolaa tu...
Mascara, aye liner, krim jerawat. krim jeragat, krim kurap,
Bedak..
 Tepung gandum sikit kot la bedak tak cukup kan..
Blusher nak kasi pipi nampak bewarna sikit..
Tak cukup blusher, water colour sekali aku isi kat dalam beg ni..
Banyak kan alat mekap aku?
Kalu pakai beg kecik mana nak muat..

Lagi satu, 
aku punye beg duit pun banyak...
Duit tak banyak tak pe...
Yang penting beg duit tu..
Pakai plak purse Carlo Rino..

Hakikat sebenarnya...
Aku kena pakai beg besar sebab memang aku isi botol dalam beg tu..
Bukan botol susu anak ok!!
Tapi botol air masak aku..
Dari aku kecik sampai ke leni, aku memang jarang tinggal botol air masak aku..
Kekadang bulan poser pun ada jugak botol air dalam beg..
Bukan setakat nak wat minum, tapi kekadang bila tangan aku melekit, leh basuh terus pakai air tu..

Tujuan sebenar aku tulis ni sebab nak kasi tahu korang yang aku tak de anak lagi..
Please..... 
Jangan jatuhkan saham aku..
Lagi satu ..
Sesape yang rase nak kasi hadiah bag kat aku, leh la cari beg ala-ala yang aku suka tu..
Make sure tak tersalah beli Adidas menjadi Adibas tau..
Nike plak bertukar jadi Mike...
Tak yah beli Carlo Rino ey..
Tak minat sangat...
Oiiiiittt..
Tak yah nak demand sangat boleh tak??
Hehehe!!

Ok..
Jumpa lagi...




♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Tuesday, November 26, 2013

My BF nak kahwin dah?

Assalamualaikum..

Kompang dipalu pengantin baru..
Duduk bersanding tersipu malu..
Kompang dipalu pengantin malu..
Moga bahagia ke anak cucu..

Eh..eh…Sape mau kawen ni?
Awat ko macam tengah sediakan barang kawen je ni Mimie?
Erm…ni yang nak habaq mai ni..
Sebenarnya..

9 Nov 2013…

Tengah baik punye golek-golek atas katil sambil berangan pi bercuti ke Venezuela, 
tetibe handphone bunyi plak…
Check handphone..
Owh…
Terus..
“Ma, Farah on the way mai umah kite..”
Bagus tak?
Bukan nak bangun pi pakai cantik-cantik ..siapkan air ke.. tapi leh sambung golek-golek lagi..
Padahal sehari sebelum tu Farah dah cakap dah kat Facebook dia nak datang hantar rombongan meminang..
Hehehe!!
Mak aku cam biasa la..
Asal orang nak datang je, mesti excited sokmo…
Baru je flight ke Venezuela nak landing, tetibe..
“ Kak Mie…. Farah sampai dah ni..”
Abah plak panggil nama aku..

Dah..dah..
Keluar sambut rombongan meminang tu…
Rombongan meminang la sangat kan..
Farah and mak die je yang datang..
Hehehehe!!
Sembang-sembang ayat mukadimmah cam biase…
Tetibe mak Farah cakap..
“Nak bagi surat saman ni”…
Mak aku lagi eksited terus tanye..
“ Sape? Abang ke kak? Ke Farah ni?”
Sambil tersenyum ala-ala siput nak keluar dari cengkerang..
“ Farah punye”…
Eh.. sape yang senyum gitu tu Mimie?
Owh.. anak Pak Dolah yang duk seberang sungai tu..
Hehehe!!
Surat saman mula bertukar tangan..
Aku?
Tengah jetlagged lagi, mane leh cakap banyak..
Hehehe!!
Mak-mak sambung sembang-sembang lagi..

Tetibe..
“ Mimie, tengok la kad tu.. Orang pertama yang tahu ni.. Kengkawan lain tak tahu pun lagi ni..”
Lor.. 
Aku tak tengok pun lagi kan Farah ni nak kawen dengan sape..
Ye ke kawan lain tak tahu?
Bukan yang buat kad tu tahu lagi awal ke?
Hahahaha!!!
“Tahu dah dengan sape.. Sape name dia Kak Mie?”
Adoyai… ma ni.. Laju plak ma ni...
 Aku baru je nak tunjuk bakat berlakon buat-buat terkejut tau!!
Ok, bukak sikit kad tu and terus nampak nama “pak cik “ ni..
Erm.. Yes!!!
Tekaan aku tak silap lagi..
“ Betul la… Nazri nama die ma..”
“Haaa.. Nazri !!”

Pastu Farah pun membuka la serba ringkas kisah Nazri and family berkunjung ke rumahnya..
Katenya time tu my ma and abah masih kat Mekah..
Tengah buat umrah…
And ma pun memang doakan Farah dicepatkan jodoh time kat sana…
Sebab Farah pesan suruh doakan macam tu..
Hihihi!!
 Don’t worry Tihah…
Nama awak pun saya jumpa ma saya tulis dalam kertas untuk didoakan kat Mekah tu..
Hehehe!!
Tapi kan..
Awat aku tak sampai jodoh lagi ni ey?
Eh..lupe plak..
Aku pesan kat ma doakan aku murah rezeki je baru ni..
Kena mintak ma, abah and my cool bro, Angah doakan jodoh plak la kat Mekah tahun depan ..
Tihah..
Nanti saya masukkan lagi nama awak dalam senarai doa tu yee..
Tak lupa jugak kengkawan gosipku sekalian…
Hahahaha!!

Nak tahu apa aku rasa bila Farah dah nak kawen?
Eh..Nazri tu sape plak ye?
Erm..
Next time la aku stori..
Ok..
Jumpe lagi…

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.





♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Sunday, November 24, 2013

3rd GA Pearl by mOoN


Assalamualaikum..
Setelah bertahun tinggalkan GA, hari ni terpaut plak nak joinkan diri...
Bukan sebab hadiah..
Tak tahu pun hadiah apa..
Hehehe!!
Just try my luck..

Antara peach, white and black, which colour describe U the most?

Of course black..
Or 
Melayunya kita panggil hitam..

Sebab?
Hitam itu menawan..
Hitam itu penuh dengan keyakinan..
Even certain people would say..
"Hitam itu membosankan"..

Black is gorgeous..
Look my blog's background..
Black right?
Hehehe!!

So..
Sesape yang mau join..
Just click banner kat ats tu and follow the rules there..
Ok..
Good luck korang..



♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Mana tak bertuahnya...

Hi korang..
Assalamualaikum…
Korang pernah tak pergi Paris?
Pernah?

Eiffel tower tu!!
Fuyoo!!!

Ok, fine!!
Cite aku ni sebenarnye secuit pun tak de kaitan dengan Paris..
Wahahaha!!
Korang kena tipu..
Ok, sangat tak kelakar Mimie!!

Aku nak cite btol-btol la ni..
Satu petang tu, aku minum petang cam biasa la dengan familyku..
Dah nama pun petang kan?
Takkan aku nak cakap minum pagi plak…
Haaaa..nak kasi aku PJJ la tu kan?
Ok.. Pelempang jarak jauh laa...
hihihi!

Time minum-minum tu, aku pun sibuk la nak ngadu..
Standard la woiii…
Duduk dengan family, haruslah ngadu kat  ma and abah..
Korang tak pe la leh ngadu kat suami la, boyfriend laa..
Ok, ni bukan ayat jeles kat korang taw!!
“ Abah, kak mie sakit kaki laa.. tapi bahagian tumit je.Tak tahu sebab apa. Banyak hari dah sakit ni..”
Sambil-sambil tu aku picit-picit la sikit kaki aku tu..
Baru nampak mantap sikit sakit tu kan..
Hehehe!!


Belum sempat abah aku komen pape lagi, aku terus bagi ayat lain plak..
“ Rasenye kaki kak mie tak sama rata kot. Jadi, tekanan lebih kat bahagian tumit. Tu yang sakit tumit je tu”
Hihihi!! Genius tak reason aku tu?
Patu abah aku leh cakap macam ni plak..
“ Erm…masa kecik-kecik dulu, ada dua orang tua ni tengok kaki Kak Mie.. Pastu katanya Kak Mie ni bertuah orangnya..”
WhAT??


Belum sempat aku komen pape lagi, dan-dan je aku terdengar suara lain menyampuk..
“ Mana tak bertuahnya.. Balik kerja sume dah siap masak.. Baju pun dah ada orang basuh.. Siap lipat lagi.. Ambik masuk dalam almari je kejenya..Kereta pun ada yang tolong bawak servis..”
Bedebuk!!
Menusuk jantung betul la ma ni…
Baru je nak rasa teruja dengan cite abah tu taw!!
Kalu tadi aku sakit tumit, terus bertambah jadi sakit jiwa plak..
Hahahaha!!

Erm…
Aku pun tak tahu apa maksud bertuah sebenarnya yang dikatakan pak cik dua orang tu..
Nak tanya sekarang, dua-dua dah tak ada..
Tapi..
Korang rase aku bertuah ke?
Harus la bertuah weii..

Korang ingat senang nak dapat ma and abah yang sangat memahami anak macam aku ni..
Seorang abah yang selalu tolong keluarkan kereta aku dari garaj pagi-pagi  bila kereta aku berada di depan keretanya..
Yang selalu mendengar cerita aku dari yang remeh hingga la ke sebesar-besarnya..
Yang selalu memberi semangat dan idea yang bermacam-macam.. 
Yang dulu bacakan sume buku cerita English yang cikgu-cikgu aku kasi..
Pastu terangkan kat aku balik sinopsisnya..
Wooo... bukan aku malas..
Tapi..
Aku tak paham pun bahasa omputih tu..
Hahahaha!!...
Tu belum masuk lagi tolong lukiskan gambar bila kena melukis..
Mana taknya..
Aku lukis pokok nyiur pun pakai pembaris..
Skema uolls...
Hihihi!!

Seorang ma yang masih layan aku cam aku ni anak kecik lagi..
Teman bila mau ke mana-mana..
Bukan setakat teman, tolong drive sekali pasal anak dia ni tak berapa rajin nak drive..
Yang sentiasa cuba memenuhi selera makanku..
Yang masih lagi belikan pakaian untuk aku ke mana pergi..
Dan aku tak pernah terasa kekurangan kerana ma dan abah sentiasa ada masa untuk aku..
Senang citer aku memang bertuah laa…

Hehehe!!
Ok..
Jumpa lagi...


♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Monday, November 18, 2013

Bila aku tak ada perasaan..

Assalamualaikum…
Waalaikumussalam..
Ok, boleh duduk semua..
Mimie, ko ingat ni kelas ke?
Tak ey?
Ok, sorry…

Nak stori ni...
Sebenarnya kan ade kengkawan aku ni selalu cakap aku ni macam tak ade perasaan..
Korang rasa betul ke?
What???
Betul??
Hah??
Korang kate aku perasan plak?

Pernah dengar perkataan "Wacha" tak??
Hehehe!!

Bila orang kata aku tak berperasaan aku teringat zaman aku study dulu..
Aku ada present pasal  “FEMBOT” utk kelas English (BEL) aku..
Short name for female robot..
Refer utk perempuan yang tak berperasaan…
Eh…aku macam tu ke?

Erm..
Ngape ye korang kata aku ni tak de perasaan?
Sebab aku tak pernah ngaku kalu aku suka sesape?
Jap ey..
Kalu aku ngaku kat korang, ade beza ke nanti?
Okokok..
Katakan pasni aku ngaku la yang selama ni memang aku suka dengan..

Gambit...

Pastu Gambit tu akan cari aku ke?
Sah-sah la tak..
Korang pulak tak pernah ada kena mengena dengan Gambit..
Hihihi!!
Yang selalu ada kaitan dengan artis kan aku jee..
Korang jugak cakap kan?
Well....
So…
macam tak de kelebihan je kan kalu aku ngaku kat korang..
Tapi keburukan dia aku dah tahu..
Sah-sah kena perli tahap gaban punye dengan korang..
Paling-paling cikai mesti cakap aku perasan..
Sambil wat muke ala-ala itik tengah sembelit..
Pastu korang nak harapkan aku cakap..
“Macam comey je..macam comey je..”?
Memang tak la bro!!
Unless…
Gambit dulu datang cari aku..
Memang aku ngaku la aku suke die..
 siap wat cop mohor lagi nak mengesahkan perasaan aku tu..
Hehehe!!

Aku tak berperasaan sebab aku susah nak 

Sobs..sobs..sobs..

Setakat hilangkan mug aku, pastu nak harapkan aku nangis?
Ish..ish..ish…
Membazir amalan syaitan..
Jadi, jangan bazirkan air mata dengan perkara sia-sia..
Aku tak nangis bila tengok tayangan Palestin sedangkan orang lain dah merah-merah mata nangis?
Tangisan aku tu boleh berikan kemenangan ke?
Pastu yang menangis tu bakal menjadi mangsa usikan korang?
Pandai taw korang berlakon menangis tu..
Siyes aku rase nak mintak otograf dengan korang ni..
Tapi..
Aku segan..

 Aku boleh senyum bila kena kutuk?

~Smile~

Dah tu korang nak rasa aku hamburkan korang?
Karang keluar bahasa Sepanyol aku, kata aku poyo + berlagak + budak kampong tak sedar diri plak..
Tapi…
Rasanya itu lebih bagus dibandingkan tak kena kutuk pun nak moody tak tentu pasal..
Sangat tak cool!!!
Lagi pun perlu ke aku bazirkan otot aku untuk wat muke marah sedangkan aku hanya perlu gunakan sikit je otot untuk senyum?
Ape geleng-geleng?
Owh.. tak perlu kan?
Tahu pun korang..


 Kita mengatakan seorang hakim itu kejam kerana meletakkan hukuman bertahun penjara hanya kerana mencuri RM2..
Tapi tahukah kita perasaannya ketika menjatuhkan hukuman?
Tahukah kita setiap kesalahan itu ada minima dan maksima hukumannya?
Tahukah kita apa yang perlu difikirkan sebelum meletakkan hukuman?
Eh…dah-dah la geleng kepala tu..
Aku tahu mesti korang tak tahu kan?
Sebab tu sedap je korang menilai sesuatu benda…
Makan kek secret Recipe pun tak sesedap tu kan?
Hehehe!!


Pengalaman menjadikan aku seperti tidak berperasaan..
Walhal yang benar-benar mengenaliku pastinya mengatakan aku penuh dengan perasaan dan perasan…
Ops!!!
Termengaku plak..
Perasaan aku bukan spesis permainan..
Bukan juga barang jualan di mana-mana pasaraya besar or kecil keliling anda..
Jadi..
aku memilih untuk lebih menjaga perasaanku..
Berkongsi dengan yang lebih memahamiku luar dan dalam..
Tapi…
Jangan terlampau menguji “FEMBOT” itu..
Selagi bernama manusia, pasti ada batasnya..
Ok..
Renung-renungkan..


Jumpa lagi..

p/s: Sori kalu sentap.. This is what I call "golden rule"..

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Sunday, November 17, 2013

Kenapa tulis pasal diri sendiri?

Hai..Assalamualaikum…
Apa kabar kawan-kawan?
Haa…. 
Aku tahu ada yang tunggu stori dari aku kan?
Hihihi!!
Sori laa… lama tak berstori..
Aku bizi..
Maklumlah, anak sepuluh katakan..hahaha!
Sebenarnya, aku baru start bercuti..
Maksudnya tak bizi dengan kerja laa..
Tapi tak dapat janji jugak la akan menulis setiap hari..
Pasal menulis ni kena ada jiwa..
Bila idea banyak, tapi jiwa tak ada, tak boleh menulis jugak..
Erm….
Korang tahu tak sebab apa aku buat blog?
Ada orang pernah mengatakan yang mesti aku nak bercerita pasal diri sendiri..
Hello!!!
Ko dengki ke bro?
Sentap la tu tak de cite pasal ko kan?
hehehe!!
Let me explain ok..

Jap..mau pikir dulu!!

1)
Sebenarnya, lepas abes studi dulu, aku tak de benda sangat nak buat..Usha punye usha, aku pun try la wat blog..Ingat senang ke budak buta IT cam aku ni nak buat blog?Aku belajar byk benda dari tutorial yang blogger lain sediakan..Bila ada benda yang aku tak paham jugak, aku tanya je la kt blogger tu..Cayalah kat dorg ni sume..Sorang pun tak kedekut ilmu..Tapi yang paling haru ada sorang blogger ni siap tolong betulkan plak border  blog aku yang macam aku nak..Pastu siap ada yang aku baik sampai dah tukar-tukar nombor phone lagi..Maksudnya, di luar blog pun kitorang leh bercerite lagi...

2)
Aku suka join contest.. 2 tahun yang lepas aku memang gian la join contest kat blog ni..Aku tak kesah sangat tang hadiah tu.. Aku suka bila kena bersaing dengan blogger lain..Bila menang, rasa bangga macam..

“Oii korang..pandang aku dengan dua-dua mata ok!! Aku ni hebat..Tolong gentar sikit please!!!”..

Pastu mula la kembang kempis bila blogger lain duk ucap tahniah.. Glemer I uolls..hahaha!!  Yang paling aku ingat, ada satu bulan tu aku menang sampai 8 contest... Memang tak menang tangan la aku nak sign otograf peminat aku esp Abg posmen .. Nak kena mintak sign aku tetiap kali ada bungkusan utk aku .. Wooo!!! Ko bajet retis ke Mimie oi? Eh, jeles apehal? Ko hado?
Sekarang aku tak join dah contest bagai ni sume.. Sebab banyak sangat syarat die nak kena “like” kt FB.. apa main paksa-paksa “like” ni… tak suka pun kena “like” jugak… Kekadang nak kena mintak orang vote plak…Last-last, aku tak join laa…hehehe!! Suka la tu dah kurang persaingan dari orang hebat cam aku ni kan? Hahahaha!!

3)
Aku memang suka bercerita and menulis.. Bila aku menulis, aku rase cam aku tengah bercerita..Korang kan tak boleh baca apa yang ada dalam hati dan kepala aku.. Kiranya ni aku kasi peluang korang tahu la apa yang aku pikir selama ni..
“ Mimie, ko bajet ada ke yang baca apa ko tulis ni?”
Alaa… korang tak cakap pun aku tahu korang baca kan?kan?Tak yah nak berlakon macam tak baca ok!!
Pssstttt… Korang nak femes tak?
Baik ngaku, nanti aku leh tulis pasal korang dalam ni..
Hehehe!!

Tapi….

Kenapa banyak cerita dalam ni pasal aku je?

1)
Sentap I tau uolls ni.. Dah ni blog aku, harus la banyak cerita pasal aku.. Bukan la aku nak promote diri sendiri tapi memang tak de maknanya la aku nak bercerita pasal jiran aku yang duk selang 10 buah rumah dari aku plak.. Ko ingat aku ni rajin sangat nak korek cerita? Lain la kalu aku ni reporter CNN ke.. Dapat jugak bayaran kan?

2)
Bukan korang kata nak berkenalan dengan aku ke? Haaa… blushing la tu… Ni aku duk bercerita pasal aku ni, leh la korang kenal aku…hihihi!! So, tak de la tido korang tak lena duk pikirkan pasal aku.. Tak gitu? Pastu tak payah susah-susah dah nak mintak nombor phone dengan aku… Aku pun tak payah susah-susah nak cakap yang phone aku dah kena cicah air kopi.. Aku tahu la aku ni kaya dengan alasan...hihihi!! Penat aku sediakan space komen bawah tu..Korang tanye kat situ jee.. Jgn lupe tinggal nama yee..Jangan jadi macam sorang paparazzi ni..Nak korek cite pasal aku, pastu tak tinggal nama..I tak layan ok!!
Wahahahha!!

3)
Cerita pasal diri sendiri la senang.. Kalu nak cerita pasal resipi, aku takut ada plak yang ceri-beri bila ikut resipi aku tu.. Korang gi je usha blog Cik Mat gebu tu kalu nak resipi..Nak tulis pasal politik, memang aku tak minat langsung.. Salah tulis, tak pasal-pasal kena saman “defamation” plak nanti..  Fesyen? Nak jadi selekeh + simple + entam je mana ade, tu aku boleh bg idea sesangat laa pasal itu la aku..hehehe!!

Conclusionnya, blog ini ibarat teman untuk aku bercerita dan ceritaku pastinya pasal diriku dan sesiapa yang terlibat dalam hidupku.. So, sesape mau jadi femes, boleh la berbaik dengan aku..Nanti kau tulis pasal korang..hahahaha!!

Ok..Jumpa lagi..  

♥ Thanks For Reading ♥

javascript:void(0)

Mr. Nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...